Friday, November 25, 2011

looking back...





Kata orang;
'Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain.'

Our old 'jannati' in Kedah. Foto yang sangat klasik!

Monday, November 21, 2011

untitle






Bahagian-bahagian kehidupan...
jatuh rebah ke bumi tatkala dilanda badai
tersungkur di bawah hujan nan lebat
perit dalam kesejukkan
tiada diambil endah peduli orang
menunggu hari mereput
hilang bersama
tenggelam dimamah bumi

pohon durian di depan lokasi penginapan

The Portrait Gallery #8 - Fariz Imran






Sunday, November 20, 2011

The Portrait Gallery #7





Pix yang ni juga telah dibuat editing + color enhancement + cropped + bagai-bagai lagi.
Apa yang buat aku tertarik adalah mata hitam si dia yang bersinar.
Cuma mungkin aku tak hati hati sangat sebab mata putih pon dah ter'color' dengan warna merah.



Color tone banyak digelapkan dalam pix ni sebab aku rasa macam nak buat sumtin
yang aku pon tatau camna nak describe.
Mebi nak bagi nampak keadaan yang lebih kurang camni kot
...

'seorang anak gadis yang ala-ala sedikit comot sedang berdiri di muka pintu
sambil merenung dengan sebuah pandangan.'









Friday, November 18, 2011

Motif #3

Nyum..nyum..nyummm...




"The camera doesn't make a bit of difference.
All of them can record what you are seeing. But, you have to SEE."

Ernst Haas - Comment in workshop, 1985




Tuesday, November 15, 2011

The Portrait Gallery #6 - Kawan



Portrait lagi dan lagi. Tangan rasa nak mengedit so aku banyak buat editing untuk edisi kali nih.
Dan aku rasa agak puas hati lah dengan hasil yang dah dapat nih.




Pix yg satu kat bawah ni agak tinggi noise dia.
Aku rasa ada sedikit kekurangan sewaktu editing.
Tapi aku agak suka ngan pix ni.






Sunday, November 13, 2011

Mencoba Makro with EOS 1100D


At last aku dapat jugak peluang try macro dgn Canon EOS 1100D
- basic set kepunyaan zwanfahmie.

Memang leh rasakan tanpa special lens, capability basic set ni agak limited.






Thursday, November 10, 2011

The Portrait Gallery #5 - She...




I love B&W photo!

Here i share one of my favorite B&W photo.
Err...with my favorite model too.


Ekceli i am trying to make it looks like an old photography.
And i think it works!

a.d.d.i.n.i.n.u.w.a.i.r.a.h





Wednesday, November 9, 2011

Special Edition - in my heart 9 Nov 11








Al-Fatihah untuk bonda tercinta, Allahyarhamah Fadzillah bte Ahmad.


Semoga ALLAH swt mempermudahkan segala urusan Mak di sana dan menempatkan Mak dikalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.


Hari ni, selang beberapa hari selepas Hari Raya Qurban adalah hari ulang tahun kelahiran Mak.
Yang ke 58 tahun!


Dan, tahun ni kami dah takleh nak hantar SMS mak wish 'happy birthday' dan apa apa lagi. Dah takleh nak belikan kek lagi. Dini dan Adam pon dah takleh nak telefon wish Mak dan sembang dengan Mak macam masa dulu dulu. Kami hanya mampu berdoa dan menghadiahkan bacaan Yasin untuk Mak saja kali ni dan untuk tahun-tahun seterusnya. Sesungguhnya kami rindukan Mak sangat-sangat. Walaupun anak-anak Mak dah besar, tapi jauh di sudut hati kami masih terasa sunyi tanpa Mak. Apatah lagi Tok Diah, dia selalu teringatkan Mak, dia selalu hadiahkan Surah Yasin untuk Mak.


Kami tahu dia pon rindukan Mak....sama macam kami semua.


Dan setiap kali melewati lorong menuju ke tanah perkuburan, pasti kami adik-beradik akan menoleh ke sebelah kiri, memandang jalan menuju ke perkuburan Mak. Aku memang notis perkara tu sebab selalunya aku yang memandu di sebelah kanan dan aku pon menoleh sama.


Aku masih ingat lagi, pada petang hari itu di waktu-waktu terakhir Mak, aku memangku tubuh Mak sambil membisikkan di telinga Mak ..... "Mak...mengucap Mak.. Ash hadu Alla Ilaha'illAllah Wa Ash hadu anna Muhammadar Rasulullah."


Berselang-seli dengan bisikan, "Mak...sebut Allah hu Akbar....Allah hu Akbar."


Masih terasa lagi hangatnya tubuh badan Mak yang aku pangku waktu tu hinggalah ke pengakhiran hayat Mak.


Kepada adik-adik yang dikasihi, sama-samalah kita hadiahkan ganjaran bacaan Surah Yasin kepada arwah Mak kita dan sama-sama juga kita panjatkan doa kepada ALLAH swt supaya Mak sentiasa berada di dalam limpah rahmat ALLAH swt.



Amin Ya Rabbal 'Alamin



Tuesday, November 8, 2011

melepak...

Loitering!


Motif #2


Ampa pasti tertarik dengan kalernya yang bagai bagai tu dan bintik bintik pon yang bagai bagai
kaler dia. =)



Satu pagi tu kat umah, elok ja nak kemas kemas meja makan tetiba nampak menda alah nih. Dalam kotak plastik yang transparent tu. Uihhh.... kaler kaler lagi dan ada bintik bintik. Kalau untuk sesi bergambar ngan menda alah ni memang la nampak menarik sangat dengan karakter dia tu. So, apa lagi... terus tembak la 2-3 das!


Nampaknya nak kena buat satu label lagi la dengan tag 'Food Photography'. Baru oke, kan?



Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha Untuk Semua





Salam Aidil Adha

Kepada semua,

Selamat Menunaikan Ibadah Fardhu Haji

Selamat Melaksanakan Ibadah Qurban

Semoga segala amal ibadah yang kita laksanakan
akan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari ALLAH swt.

Maaf Zahir & Batin

Friday, November 4, 2011

Mencoba Makro...



My trial for macro photo!



Acapkali menengok foto makro di Gugel yang indah dengan elemen pokok-pokok renek yang berbunga kecik buat aku teringin untuk mencoba melakukan sendiri. Dan, inilah hasilnya yang tidak seberapa, tidak cukup kemas. Sekadar updet sebagai koleksi peribadi.


nyummy!

all in sketch mode