Tuesday, August 28, 2012

#29 - Ira Zubir @ satu hari di hari raya



Ira.
Tu je nama dia yang aku tahu. Anak buah yang sorang ni memang pantang kalau disuruh posing untuk bergambar. macam-macam gaya bagai dia akan buat. Ngalahkan model profesional.

Tahun ni nampaknya Ira dah slim skit, if tak dialah orangnya yang saaaaaaaaaaaaaaangat gebu. Semua orang nak cubit pipi dia. :)








Monday, August 27, 2012

#28 - Adawiyah Hannani @ balik kampung on Syawal 1433H



If jumpa Hannani samada dia lepas mandi atau tengah makan atau aku yang baru lepas mandi, dia selalu akan angkat tangan sebelah dan tegur,
"hai tawan...".

Anak buah yang sorang ni ramah & sporting skit.







Sunday, August 26, 2012

Monday, August 20, 2012

#26 - Kami @ 2 Syawal

Pic tema untuk raya tahun ni - MeLoMpAT!!
Boleh tak cenggitu?

Pic ni di tembak sementara menunggu nak amik abah kat pusat dialisis. Aku gunakan EOS1100D zwanfahmie punya. Aku gunakan shutter priority yang diset pada 1/1000s.









Sunday, August 19, 2012

#25 - Aku @ Last day of Ramadhan

Just untuk membanyakkan catatan menjelang Syawal.
Abah dibenarkan untuk balik merayakan eidul fitri di rumah bersama-sama kami sekeluarga.

'Di minit-minit terakhir' Ramadhan, aku berkesempatan untuk pergi mengambil Abah di HAT, Lumut. Di sana aku berkesempatan melihat staf-staf di HAT, Lumut mencuci kaki Abah yang selesai menjalani 'pembuangan' bahagian tertentu.

Di kesempatan di ruang yang tak seberapa ni, aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada staf-staf kat situ yang dengan mesra, sabar dan ramah menjaga Abah kat sana walaupun pada hari aku pergi mengambil Abah hanya tinggal Abah sorang je kat wad tu yang belum diambil oleh anggota keluarga.




Depa tetap melaksanakan tugas seperti biasa menjaga Abah dengan baik. Terima kasih kepada staf yang bertugas. Sebelum balik sempat aku ucapkan terima kasih dan selamat menyambut hari raya untuk depa.





Yang pasti sabtu nanti aku kena hantar Abah ke Lumut semula. Tu je.




#24 - Kami @ 1 Syawal.


Salam eid untuk semua, semoga ampa semua berbahagia dan bergumbira di hari yang mulia ni bersama keluarga dan sanak saudara yang terchenta.

1 Syawal dah, kan?
Yang bermaqna, Ramadhan al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, rasa macam banyak lagi yang tak dan nak dibuat pada Ramadhan baghu ni. Apapon, semoga Allah swt menerima segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan dan digandakan ganjaran pahala di atas setiap amal yang kita lakukan.

Ghaya tahon ni jugak bermaqna ghaya kedua kami tanpa ibunda kami yang terchenta. Di hari terakhir Ramadhan, kami adik beradik pulun sediakan apa yang termampu untuk memeriahkan Syawal kami kali ni. Kami, adik-beradik plus Dini, Adam & Nani yang balik kali ni bergotong royong segala bagai. Start dari bersihkan laman ghumah, besiang daging, kupas bawang, memasak dan makan sesama. Andak dengan tugas dia buat kuah mee kari sedap, aku ngan teh buat gulai kerisik dagin untuk dicicah ngan ketupat, then buat sup tulang ala ala utara. Everything done!




Lepas iftar hari terakhir Ramadhan, kami adik-beradik solat berjemaah dengan diimamkan oleh Andak disusuli dengan takbir raya selepas solat tu. Kat hati kecik aku terasa sayu time takbir tu, cuma aku masih gagah nak bertahan. Terkenangkan aruah mak.

Dan, waktu tu juga Abah yang ber'wheelchair' turut join kami bertakbir. Kedengaran sayu suara Abah time tu. Kami habiskan waktu antara maghrib dan isya' tu dengan mengadakan tahlil ringkas dan terus sama-sama berjemaah isya'.

Lepas selesai isya', sesi melayan Dini, Adam & Nani bermain bunga api dan mercun. Honestly, terasa masa kita kecik-kecik dulu ngan masa sekarang terlalu berlainan. Masa merubah zaman!



Seronok depa dapat main bunga api, seronok juga kami yang menengok depa rasa seronok. Dan, nampaknya untuk malam ni kena beli lagi bunga api sebab yang semalam punya dah habis. Depa dah start demand nak main bunga api dan mercun lagi. Ngeee~~



Aku dan Dini turut me'layan' fruit cocktail yang kami sama-sama buat. Not bad!
Bertambah kerap aku berulang ke 'bilik rehat' sebab perut memang dah buat perangai since petang lagi.

Seawal pagi syawal sesudah selesaikan subuh, aku terus kat dapor menggoreng tokua (tauhu) + panaskan semua yang perlu. Plus potong ketupat dan bancuhkan kopi untuk pagi. Sebelum bergerak menunaikan sunat eidul fitri, sempat aku merebus tulang tulang lembu sebanyak 3 kg yang dibeli petang semalam, sekilo RM18 beb!

Siapkan untuk sesi menge'suptulang' pulak nanti.

Selesai solat sunat eidul fitri, aku dan Bella terus mengunjungi pusara ibunda terchenta, membacakan Al-Fatihah dan berdoa. Semoga Allah swt menempatkan ibunda kami yang terchenta dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh serta disediakan suatu tempat di syurga hendakNya. Amin.

After all, sampai kat rumah pulak, kami semua bersalaman serta memohon keampunan daripada abah pastu semua pulun melantak apa yang kami masak sesama. Boleh tahan beb.

Macam tu lah 1 Syawal kami. Itu lah raya kami adik-beradik.





Kami & Syawal @ Padang Rengas!







#23 - salam aidil fitri....





Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Saya menyusun sepuluh jari,
Mohon salah dan silap dimaafkan.


Salam aidilfitri untuk semua umat islam.

'Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja 'alana minal aidin wal faizin'





Saturday, August 4, 2012

#22 - at the middle of ramadhan


Kejap sangat dah sampai pertengahan ramadhan. Dari mula lagi dah rasa excited tunggu ramadhan pastu sedar tak sedar kat berkumandang lagu 'satu hari di hari raya' kat radio. Sat sangat!.


Tahun ni bermaksud tahun kedua kami adik-beradik berpuasa tanpa mak. Sunyi jugak sebenarnya. Baru baru ni sempat bawa abah singgah iftar kat rumah Ngah, waktu abah berborak ngan Ngah Kob dia menyuarakan perasaan gembira bila kami adik-beradik ramai-ramai balik berkumpul dan berbuka puasa pada awal ramadhan ari tu. Kata abah lagi, dia rasa seronok, seronok yang lain sangat.


Kepada adik-adik, Terima kasih sebab balik on that day !


Suasana tu juga yang kami semua rasakan waktu iftar kat rumah Ngah sebab kami iftar kat laman rumah, bukan kat dalam rumah atau dapor. Agak meriah sebab Abg Naset & famili balik, dan tetiba petang tu Kak Nani pon sampai. Meriah tetiba.


'PERHATIAN': Kami dan singgah beli mee rebuih dan pasembot kat kedai Pasembor Kodiang, Bawah Pokok Kabu yang orang kata agak terkenal tu. Yang aku notis, memang ghamai la berbaris panjang nak beli pasembot tu, salah sorangnya aku la. Tapi, pada aku pasembot dia biasa saja, takda la special sangat sangat kot. Atau aku yang dah hilang citarasa?


Apapon, tu la antara iftar yang meriah dan menggembirakan.



*****


Semalam lepas perangat gulai ikan dan gulai daging yang Alif tapau dari bazar dan lepas goreng ikan dan ayam, aku pon masuk tidor, tobat ..memang rasa sangat letih. Dah set alarm jam 5 untuk bangun soq. Alih-alih belom lagi alarm aku bunyi, Alip dah gerak aku;


"Chaq...mangkit soq..."


One thing, Alip dah siap perangat semua benda dan siap hidang atas meja. Macam dia plak abang aku. :)


After all, sekali lagi aku notis, Nadia & Wan pon dah siap tunggu kat meja makan. Dan, waktu tu terlintas kat fikiran dan perasaan aku yang adik-adik aku semuanya dah besaq-besaq. dah boleh berdikari, cuma mungkin depa perlukan sokongan untuk yakinkan depa tentang sesuatu. :)




*****



Hari ni seharian kat Hospital Angkatan Tentera Lumut (HATL), pi melawat

Abah kat sana. Alhamdulillah, everything so far oke. Abah pon selamat & selesai menjalani operation 'membuang' satu-satunya jari kat kaki kiri dia. Lepas tu, Paksu & famili dan Tok Diah pulak sampai. Meriah kejap kat wad tu dengan kami kami semua.


Apapon, kami semua doakan segala yang terbaik untuk Abah.


Paksu penah berbisik kat aku dulu,

"....ni semua ujian untuk kita...."


Aku percaya segala yang berlaku tu ada hikmahnya samada yang tersurat atau yang tersirat, tapi aku masih tak nampak dengan jelas menda yang tersurat ataupun yang tersirat tu. Insya Allah...nanti nanti ada la kot.


Dan, tiba-tiba aku teringat kata-kata Abang Rahim,

" Aku bangga tengok hampa adik beradik tak berubah langsung dan tetap macam dulu..."


Kata-kata yang penuh bermakna walau aku tak penah expect daripada sesapa pon.




nyummy!

all in sketch mode