Showing posts with label art filter. Show all posts
Showing posts with label art filter. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

#16 - All In One Frame - the portrait




Koleksi potret fotografi 2011



Secebis lagi pengalaman dan kenangan di Hentian Duta yang boleh dikongsi. mungkin korang akan tertanya-tanya camna la menda camni boleh terjadi, camna dia boleh buka atau camna & camna.

Kali ini aku parkir di tempat yang aku rasa selamat, insya Allah. Bersebelahan dengan pagar JPWP. Tapi itulah, kita merancang dan mengharap, selebihnya ketentuan itu hak Allah swt.

Malam tu bas sampai ke Hentian Duta agak awal 30 minit, bergegas aku menuju ke kereta mengharapkan dapat sampai awal ke lokasi kediaman. Aku menekan remote tetapi kosong. Takdak sebarang bunyi atau lampu berkedip atau apa-apa.

Aneh! Kalaupun bateri dah kong, at least sisa sisa bateri tu masih mampu untuk menyalakan lampu kecil dengan cahaya yang lemah. Dan, aku tak syak apa-apa yang lebih besar cuma mengharapkan aku mampu menghidupkan injin dan running dalam setengah jam camtu. lantas membuka pintu menggunakan kunci secara manual, hati mula berdetik sesuatu tapi aku abaikan.

Aku memasukkan kunci dan'on' kan suis. Nyata takda apapa. Totally blackout!
Aku terus buka bonet depan. Nah! bateri kereta aku hilang, kena curi!

After all, dengan bateri henpon yang dah nazak aku cuba call dan sms kawan-kawan. Dan, terpaksa menunggu recovery sampai kurang lebih dua jam kemudian.

Again, everything happens for a reason, yang tersurat & tersirat.



Saturday, September 24, 2011

The Portrait Gallery #1



Koleksi pix terdahulu yang di edit semula dan di touch-up seberapa sedikit untuk menghasilkan koleksi foto genre potret / portrait.

Model-modelnya semua dibayar dengan upah ais-krim ja. So, kos shooting tak la mahal pon. =)











Thursday, September 1, 2011

Malam Menjelang Syawal

Foto oleh: Wak Chot & ZwanFahmi


Hari tu ZwanFahmi ada minta XZ-1 aku tu, tatau la plak malam lepas pengisytiharan hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu tu dia nak keluar ke KK dengan Wak Chot. If tak, kompom la aku nak ikut sekali, tapi aku pon tido awal malam tu. Bila check balik, foto ni semua di'snap' pon pada jam 1:50 ++ pagi. Kira memang dah tukar hari dah pon.

Apapon tak isahlah, just nak share suasana malam menjelang hari raya kat area lembah kat Kuala Kangsar. Meriah sebenarnya, kompom ada lelong kueh-mueh dan bagai-bagai lagi.

Aku decided abadikan dan kongsikan foto yang di'snap' oleh Wak Chot & ZwanFahmi kat sini untuk tatapan sesapa yang sudi menengok.

Check it out!




Dah lewat dah ni...balik la oii...

Wednesday, August 3, 2011

Potret Pemancing



Macam-macam aktiviti orang lakukan kat sungai. Ada yang berkayak, bersampan, ber'jet-ski', menjala dan memancing ikan.

Petang Ahad satu hari tu aku berkesempatan 'menembak' beberapa foto sorang brader ni yang sedang asyik sangat memancing waktu air sedang surut. Not bad! Sebab sepanjang aku dok 'tembak' tu banyak kali gak la aku terperasan dia dapat ikan.

Just to share it!



Sharing is caring...

Rasullullah s.a.w bersabda; "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Untuk adik-adik kesayangan aku kat rumah tu, bangunlah sahur (soq) walaupun hanya untuk minum ayaq. Tetapi yang pastinya Tok Diah mesti akan masak, sebab dia tak boleh tengok cucu-cucu kesayangan dia tak makan. So, bangunlah dan jamahlah sikit.


Saturday, July 23, 2011

In Person With.... 'Penawar Kesayanganku'


Ni lah antara foto si comel 'Penawar KesayanganKu' yang di snap oleh adik-adik aku. Nampaknya dorang pon minat gak dengan AF pada XZ-1 ni.

Refresh balik, napa aku panggil dia as 'Penawar KesayanganKu' sebab tu lah maksud nama Adawiyah Hannani; nama budak pompuan yang sowang ni yang lasak sangat ni, yang tak kisah keadaan panas or tak, tak kisah dia berpeluh or tak. No hal!

So, enjoy the photos!



Errr..saiz foto tak sekata sebab waktu crop malas nak samakan balik. Dan secara tak langsung efek gak kat saiz watermark tu. Sowwi ye.....