Wednesday, May 15, 2024

N2 - Selesa?

 


Selesa?

Itu adalah sejenis penyakit. 

Samada dia betoi-betoi selesa atau sebenarnya dia malas. In fact, keselesaan yang panjang tempohnya akan menghakis rasa selesa itu sendiri dan menghasilkan kita yang pemalas. Walau sebenarnya keadaan itu tidak betul-betul selesa pon.

Yang tersurat tidak semesti sama dengan yang tersirat!






Friday, May 3, 2024

N1: Selepas segalanya...

 


After all, masa telah ubah segalanya. Tak sedaq dan tak perasan pon betapa lajunya masa. Sampai di satu ketika, bila tengok depan cermin rupanya sesetengah dari bulu janggut dah memutih warna dia. Tanpa sedaq kita telah melewati satu tempoh masa yang panjang untuk sampai ke saat ini.


Terkadang tanpa sedaq juga, dalam perjalanan tersebut masih ada kesunyian yang tersembunyi teramat dalam yang seolah membelunggu kita, muncul di waktu-waktu tertentu dan kita merasa seolah-olah seperyi sebuah sampan yang terputus tali dari tambatan dan hanyut di tengah arus di suatu kawasan yang luas.


Keadaan yang memanggil aku 'mengorek' kembali mencari halaman ini. 


"Assalamu'alaykum diri sendiri..."