Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is coming...



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




RAMADHAN IS COMING ! ! !
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
PAKEJ DENGAN GANJARAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA BERMULA DARIPADA SELEPAS SAHUR SEHINGGA KEMBALI KE SELEPAS SAHUR. 24 JAM GANJARAN PAHALA BERGANDA TERHEBAT UNTUK SEGALA AMAL KEBAIKAN. SEMUANYA DIBERIKAN GANJARAN BERGANDA. DISERTAKAN JUGA MALAM LAILATUL QADAR YANG TERAMAT ISTIMEWA SEBAGAI PELUANG UNTUK MELIPAT GANDA GANDA GANDAKAN LAGI GANJARAN PAHALA UNTUK SEMUA. DITUTUP DAN DIKUNCI PINTU-PINTU NERAKA DAN DIBUKA SELUAS-LUASNYA PINTU-PINTU SYURGA. JOM REBUTKAN PELUANG TERHEBAT SELAMA 30 HARI DALAM SETAHUN!!!!



"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;"
(2:185)


At last Ramadhan datang menjengah lagi. Dikesempatan dan ruang yang seadanya ini aku ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak untuk semua. Selamat melaksanakan segala ibadah dengan sebanyak-banyaknya. Tingat kata ustaz malam tu, kalau boleh biarlah Ramadhan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. The 'bestest' Ramadhan in our life!


Bukan apa, kot-kot...kalau kalau Ramadhan yang akan datang kita dah tak sempat. Anggaplah Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita. Kita tak tahu!


Katanya lagi, kita perasan tak, ada kawan yang sama-sama solat terawih dengan kita pada Ramadhan yang lepas tetiba takda pada Ramadhan kali ni?


So, bersyukurlah sebab kita masih berkesempatan menjengah ke Ramadhan kali ini. Ingatan aku terus teringatkan Mak. Last Ramadhan dia masih kuat lagi, terasa macam baru semalam aku nampak dia masih kuat untuk bangun dan makan.


Yup! Puasa kami sekeluarga kali ini tanpa Mak. Ramadhan datang lagi selepas setahun. Tapi keadaannya ada perbezaan kepada orang-orang tertentu. Diulang, rasa sekejap sangat masa tu melintasi kami semua, serasa Ramadhan tahun lepas tu macam semalam baru berlalu, teringat bila aku dan Alif pegi membeli kuih di Bazar Ramadhan yang tak berapa jauh dari rumah. Mak pon selalu juga minta Alif belikan kuih untuknya. Tapi, semua tu dah berlalu dan tak mungkin akan kembali. Walau apapun kami sentiasa mendoakan agar Allah swt mempermudahkan segalan urusan Mak di sana. Amin.


Dan nak share juga sebuah lagu yang indah bait-bait liriknya untuk kita sama-sama menghayati dan menikmati maksud yang terdapat di dalamnya. Harapan Ramadhan by Raihan featuring Man Bai.



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Pastinya kita takkan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang seandainya ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.



Monday, July 25, 2011

updet



Sian burung mala kobau tu. Memula dorang keluar terbang-terbang bertiga, then hinggap jap melepak kat dahan pokok durian yang dah gugur daun dia.

Then, ntah napa ntah kawan dia yang dua ekor tu tetiba je terbang gi ke lain. Tinggal la dia sekor-sekor kat situ.



Detik demi detik, dia tetap kat situ. Ber'seekor'an!


Cuma sesekali dia terasa bosan lalu melompat ke dahan-dahan berhampiran. Pon camtu dia tetap sendirian seekor sampai ke lewat petang.


Dia masih di situ, menunggu kengkawan datang semula walau hari dah makin gelap. Takde pon dia komplen kaki kebas ke atau lenguh sayap ke. If tak, kompom dia dah jadi 'Angry Bird'.

Demikianlah kisah merapu seekor mala kobau! Ngeeee~~



Sunday, July 24, 2011

somewhere...



Satu malam tu, tak tersengaja tersampai ke restoran nih. Jalan ke pusat bandar Bangsar sangkut teruk sebab ada roadblock, so kitorang buat U-turn then masuk ke satu lorong di belakang bangunan Maybank.

Persian Restaurant, bersebelahan Restoran Rebung yang dekat dengan bangunan Volkswagen tu. Melantak ala-ala Iran la kami. =)

Sambil memesan makanan, sambil bertanya bagai-bagai soklan. Rupanya restoran tu baru tiga hari beroperasi. Kawasan sekeliling kira oke, nice & menenangkan. Cuma menu belum banyak sangat lagi. Kami juz melantak kebab je la.

Jadinya, aku share la beberapa foto yang aku 'tembak' kat situ.


Saturday, July 23, 2011

In Person With.... 'Penawar Kesayanganku'


Ni lah antara foto si comel 'Penawar KesayanganKu' yang di snap oleh adik-adik aku. Nampaknya dorang pon minat gak dengan AF pada XZ-1 ni.

Refresh balik, napa aku panggil dia as 'Penawar KesayanganKu' sebab tu lah maksud nama Adawiyah Hannani; nama budak pompuan yang sowang ni yang lasak sangat ni, yang tak kisah keadaan panas or tak, tak kisah dia berpeluh or tak. No hal!

So, enjoy the photos!



Errr..saiz foto tak sekata sebab waktu crop malas nak samakan balik. Dan secara tak langsung efek gak kat saiz watermark tu. Sowwi ye.....

Hi Kawan!






Dini Nizar

My beloved 'kawan'. Dah big big gal sekarang. Dah ada blog sendiri pon dia.
Pasni kat blog tu leh la letak gambar
yang diamik dengan compact camera tu banyak-banyak ye akak?



Friday, July 22, 2011

Lepak Santai


Foto yang tak disangka. Diambil dari belakang cermin tingkap bilik kat rumah. Lama dok perati burung tu, sekali perasan yang burung tu macam burung yang ada dalam setem tu, kan?



Bagus je dia bertenggek melepak dengan santainya kat handle basikal tu. Terus je aku amik XZ-1 dan dapat dua keping. Tapi aku share sekeping dah ler. =)

Actually, amik-amik gambar ni kadang-kadang macam satu terapi plak kat aku. I like it!




Wednesday, July 20, 2011

Another Way...


Bermain-main dengan art filter, makin lama terasa makin menarik.


Tak sedar pon, tengok balik...burung tu terbang dah. huhuhu....

Tuesday, July 19, 2011

save the last dance #4


Hurmm... our 'trip' has come to an end, so sad. Tapi, aku dan rakan-rakan percaya kami telah melakukan yang terbaik untuk setiap saat yang kami miliki di sana. Macam yang telah aku katakan, kami berharap sangat agar 'trip' ini bukanlah yang pertama dan terakhir. Doakan kami agar dapat menjejakkan kaki ke sana lagi. Insya Allah.



Again, the path may be difficult but the destination is certain.





save the last dance #3




Lagi koleksi foto edisi istimewa.



The path may be difficult, but the final destination is certain.


nyummy!

all in sketch mode