Saturday, July 16, 2011

...but the final destination is certain - Part 6

Kata orang; berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin kurang lebih camtu la perasaan kami. Masing-masing terasa keberatan untuk meninggalkan Makkah Al Mukarramah. Entah kenapa, hanya tuhan yang lebih mengetahui. Apapun kami tetap perlu pulang kembali ke tempat asal kami. Moga Allah memberikan kami peluang lagi untuk menjejakkan kaki di sana dan bersujud di hadapan Kaabah Nya. Amin.

Sesungguhnya di ketika itu baru terasa rindu amat kat Malaysia, rindu amat amat kat adik-adik aku. Terasa macam lama sangat tak balik menjengah dorang.
Haihh...

Kami yang sentiasa bergurau-senda & bergelak ketawa terasa seperti satu keluarga besar. Kemana saja di kebanyakan masa kami bersama-sama.

Izam & 'konduktor' mobil kami.

The 'Supir' yang tersenyum manis.


Dalam perjalanan ke Jeddah, kami sempat singgah sebentar untuk lunch kat tepi Laut Merah, pantai yang kosong dan panas.

Kami menumpang makan di gerai minuman di situ, menjamah makanan yang dibekalkan oleh wakil pihak agensi.


Masjid Terapung di pantai Laut Merah. Tak sempat nak bersolat di situ kerana mengejar masa ke airport. Mungkin nanti-nanti jika diizinkanNya, akan ada kesempatan untuk sekali lagi menjejakkan kaki di sini.

Kawasan sekitar pantai Laut Merah.

At last sampai kami ke King Abdul Aziz Internatinal Airport, Jeddah.

Air Zam-Zam perlu di bungkus terlebih dahulu sebelum dinaikkan ke pesawat.

Selamat tinggal Jeddah!

2 comments:

ChibimarukO said...

bestnyaaa....

S4Z said...

ChibimarukO,

a'ah..bukan best je tapi SANGAT best!