Thursday, September 13, 2012

#33 - Adam bercerita....





Petang Jumaat 31 Ogos 12 aku bersama-sama dengan Adam ke pekan untuk mencari barang, dalam perjalanan Adam asyik bercerita....

"Tadi lepas solat Adam ngan Pak Cik pegi kubur Tok Wan."

Aku pon bertanya, "Adam baca Fatihah hadiah kat Tok Wan dak?"

Dia jawab,

"Adam baca, tapi Adam baca kat Mak dulu kemudian baru Adam baca kat Tok Wan sebab Mak mati dulu.".


** 'Mak' yang Adam maksudkan tu ialah Mak aku, Tok kepada Adam.



~~~***~~~



Adam terus bercerita lagi. Katanya,

"Adam teringat Tok Wan pesan kat Adam..."

"...Tok Wan pesan suruh Adam belajar rajin rajin, Tok Wan tak pesan pon kat kakak macam tu."




~~~***~~~


Tetiba aku teringat something, juz nak share beberapa bait dari lagu ni kalau ampa semua masih ingat,

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi DIA yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

...

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa....



- 1234, Aris Ariwatan

Wednesday, September 12, 2012

#32 - Kucin puteh itu




Kami memang tak penah bela kucing kat ghumah, tapi sejak pagi 30 Ogos 12 tu tetiba ada sekoq kucing puteh yang jinak tetapi capik kakinya di dalam rumah. Kucin ni tak mengganggu sesapa atau membuat apa apa onar.




Memula adik-adik asyik menghalau juga, tapi ntuk beberapa ketika aku perasan kucin ni bukan kucin liar yang biasa curi-curi masuk dalam rumah tapi sekoq kucin yang 'baik'. Dia tidoq sebelah Nadia, dia tidoq dgn Wan dan dia tidoq dengan Alip juga. Terlalu jinak. Bila masa untuk melangsaikan 'hajat' dia akan keluaq ghumah pi cari kawasan berpasir dan selesaikan di situ dan dia pon takda la dok gulin gulin atas pasir tu. Tu yang bezakan kucing yg 'sorang' ni dengan kucin lain. So, kami semua pon tak kisah dan secara 'out of committee' membiarkan dia jadi anggota rumah secara tak rasmi.

Time kitorang berjemaah pon dia cuma lalu di antara kitorang kitorang ja, sama juga waktu time buat tahlil aruah. Dia cuma lalu saja kat tengah hadirin yang datang. Tak penah dia memanjat meja atau menghunggah ruang dapur, dan kami pon belikan makanan kucin yang western untuk dia atau kadang kadang bagi ikan goreng.

Dan, pada hari Ahad petang tu kami nampak kucin tu still ada kat rumah but pada pagi Isnin bila Wan cari dia untuk bagi makan, dia dah takdak dah.

Actually, kat hati ada jugak rasa risau bila terfikiaq sapa la nak bagi kucin tu makan bila kami semua takdak kat ghumah tapi rite now taktau kucin tu pi mana plak.

Any idea? Anyone?







Monday, September 10, 2012

#31 - Al-Fatihah untuk Abah



Al -Fatihah
untuk Abah yang kami semua kasihi




Abu Bakar bin Hj Abdullah

(12 Sep 1951 - 29 Ogos 2012)


Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Beliau kembali ke rahmatullah ketika berada di wad ICU (PACU), Hospital Taiping pada 29 Ogos 2012 jam lebih kurang 10:22 malam tetapi pengesahan rasmi setelah pemeriksaan oleh doktor direkod pada 10:40 malam.

Sebab kematian yang direkodkan adalah seperti berikut: 'Sepsis shock secondary left diabetic foot ulcer with multiple organ failure.'


~~~**~~~


Selepas lebih kurang 14 bulan Emak pergi meninggalkan kami, kini Abah pula meninggalkan kami. Abah dirujuk ke Hospital Taiping daripada Hospital Angkatan Tentera, Lumut disebabkan keadaan gangrene beliau yang semakin teruk dan kebetulan doktor pakar pula sedang bercuti pada ketika itu.


Pada 28 Ogos 2012 lebih kurang jam 4:00 petang beliau dimasukkan ke dewan pembedahan untuk menjalani proses pemotongan betis kiri. Pakar bius kemudiannya telah memberi penerangan mengenai kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu Abah menjalani proses tersebut kerana blood pressure Abah adalah sangat rendah, yang mana kemudiannya para doktor telah memberikan 3 jenis ubat agar tekanan darah dapat ditingkatkan supaya pembedahan dapat dilaksanakan. Lebih kurang jam 9:00 malam +++, pembedahan berjaya dilaksanakan tetapi keadaan Abah sangat-sangat lemah dan dikelasifikasikan sebagai 'kritikal'.


Pada awal pagi besoknya, doktor telah memaklumkan bahawa jantung Abah pernah berhenti sekejap walau bagaimanapun setelah CPR dilakukan denyutan kembali 'wujud' tetapi sangat lemah dan seterusnya sehinggalah ke penghujung.



~~~**~~~



Dikesempatan ini, saya bagi pihak Allahyarham Abu Bakar bin Hj Abdullah ingin memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf jika Abah ada melakukan kesilapan, kesalahan dan sebagainya kepada mana-mana pihak sekali pun. Jika ada perkara-perkara yang anda rasa perlu dibincangkan dengan lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi saya dan adik-adik yang lain.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Hospital Taiping, Pusat Kesihatan Padang Rengas dan Pusat Dialisis Kuala Kangsar.Tak lupa juga kepada PPDKK, Pengurusan Masjid Al-Hadri Padang Rengas & Masjid Kampung Buaia serta saudara-saudara, sahabat-sahabat serta jiran jiran dan kenalan-kenalan yang memberikan bantuan. Hanya Allah swt saja yang dapat mengganjarkan pahala di atas segala bantuan kalian.

Terima kasih.











".....semua dan segala yang ada akan kembali padaNya."
- 'Bila waktu telah berakhir',Opick


Sunday, September 9, 2012

#30 - Syawal & sesuatu...





'Waktu yang paling best tu sebenarnya adalah pada pagi raya bila mana semua orang bangun dan menunggu turn untuk mandi. Time tu lah jugak terdengar ada yang terpekik cari butang baju, yang sibuk nak gosok baju, suara budak kecik nangis, itu lah semua waktunya dan tu lah jugak waktu yang paling membahagiakan kita mak dan ayah kita serta sekeluarga....'


Lebih kurang antara ayat-ayat dari big boss dalam ucapan panjang beliau dalam perjumpaan hari raya sebelum kami semua bercuti.




Sambung beliau,

'...dan time tu biasanya takda sorang pon pak sedara- pak sedara atau sapa-sapa nak mengingatkan atau bertanya "hampa semua dah solat subuh ka belom?"
sebab masing-masing terlalu sibuk nak bersiap, itulah yang menyedihkan.'


Realiti!



nyummy!

all in sketch mode