Wednesday, September 12, 2012

#32 - Kucin puteh itu




Kami memang tak penah bela kucing kat ghumah, tapi sejak pagi 30 Ogos 12 tu tetiba ada sekoq kucing puteh yang jinak tetapi capik kakinya di dalam rumah. Kucin ni tak mengganggu sesapa atau membuat apa apa onar.




Memula adik-adik asyik menghalau juga, tapi ntuk beberapa ketika aku perasan kucin ni bukan kucin liar yang biasa curi-curi masuk dalam rumah tapi sekoq kucin yang 'baik'. Dia tidoq sebelah Nadia, dia tidoq dgn Wan dan dia tidoq dengan Alip juga. Terlalu jinak. Bila masa untuk melangsaikan 'hajat' dia akan keluaq ghumah pi cari kawasan berpasir dan selesaikan di situ dan dia pon takda la dok gulin gulin atas pasir tu. Tu yang bezakan kucing yg 'sorang' ni dengan kucin lain. So, kami semua pon tak kisah dan secara 'out of committee' membiarkan dia jadi anggota rumah secara tak rasmi.

Time kitorang berjemaah pon dia cuma lalu di antara kitorang kitorang ja, sama juga waktu time buat tahlil aruah. Dia cuma lalu saja kat tengah hadirin yang datang. Tak penah dia memanjat meja atau menghunggah ruang dapur, dan kami pon belikan makanan kucin yang western untuk dia atau kadang kadang bagi ikan goreng.

Dan, pada hari Ahad petang tu kami nampak kucin tu still ada kat rumah but pada pagi Isnin bila Wan cari dia untuk bagi makan, dia dah takdak dah.

Actually, kat hati ada jugak rasa risau bila terfikiaq sapa la nak bagi kucin tu makan bila kami semua takdak kat ghumah tapi rite now taktau kucin tu pi mana plak.

Any idea? Anyone?







1 comment:

Unknown said...

Ermmmmm.......

nyummy!

all in sketch mode