Monday, January 24, 2011

Info Khidmat Masyarakat - Antara Ubat Mengandungi Unsur BAbi 1



Pagi yang indah untuk memulakan everything.

Juz nak sambung sket pasal lanjutan daripada entri yang lepas berkaitan ubatan yang ada unsur BABI. Lagipon info nih cuma untuk pengetahuan umum kita semua je, apapon terpulang pada tindakan memasing lah. Tak dapek den nak nolong..!

So, antara ubat-ubatan tu ialah:

Kenalog in Orabase - ubat sapu untuk ulser mulut.

Drixoral - tablet selsema.

Clexane - ubat suntik untuk mencairkan darah.

Fraxiparine - ubat suntik untuk mencairkan darah. alternatif kepada 'clexane' dan 'fraxiparine' ini yang halal digunakan ialah 'fondaparinux'.

Imodium Capsule - ubat cirit-birit.

Vaksin jenama Monumune - vaksin untuk meningococcal meningitis (ACYW 135).

Benadryl for the family original - ubat batuk, bersin dan hidung tersumbat.

Botulinum Toxin Type A ( BTXA) - nama glamer dia Botox. guna merawat kekejangan otot leher, penyakit berpeluh yang melampau di ketiak, mata juling dan pengecutan kelopak mata. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-73 pada 4-6 Apr 06.

Calciparin - kalsium heparin, untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. alternatif, ada produk sama yang dihasilkan oleh syarikat tempatan berasaskn material drpd lembu.

Centrum complete from A-Z - supplement untuk kesihatan. semak label dia sebelum beli.

Clexane, Lovenox - untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-87 pada 23 Jun 09.

Cotazym, Cotazym S-Capsules, Cotazym Forte Tablet - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Creon 10 000 capsules - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Curosurf Poractant Alfa - rawatan kepada bayi pra matang yang mengalami penyakit membran hyalin atau sindrom pernafasan bayi.

Edward Porcine Bioprosthesis - injap jantung babi biologi, digunakan dalam rawatan berkaitan injap jantung manusia.

So, cukup dulu la list tu setakat ni, nanti nanti akan disambung lagi.




Friday, January 21, 2011

Fariz Imran

Macam yang telah dijanjikan dalam entri lepas,
inilah dia antara foto yang kedapatan untuk dipaparkan kali nih.


Setelah puas aku search mencari maksud 'Fariz' at last aku ketemu juga,
but aku pon takde la sure hundred percent maksud dia.

Jadinya, maksud 'Fariz Imran' adalah lebih kurang camni la.
Fariz dalam bahasa Arab = Arch
Imran = A prophets name


Time kegilaan kat IRC sangat meninggi, lebih kurang antara tahun 95 - 99 aku ada kenal sorang kawan yang guna nick name dia as Faris Imran. Mamat ni is a Chinese Guy dan dia ni agak femes la kat webnet. Honestly aku suka nama Faris Imran tu.
But my 'neu fwen' ni ada nama sebutan nya almost or very close to that name.

Tapi maksud nama Faris Imran tu ialah 'Imran Pahlawan Berkuda',
sebab 'faris' tu dalam bahasa Arab bermaksud 'horseman' atau 'knight'.

Welcome to our family Fariz Imran!

Tuesday, January 18, 2011

congratulation on your neu baby boy!



To the lucky pair who now will share
The love of someone small,
To the "Someone New" a welcome, too,
And Best Wishes to you All!

http://gaj38.files.wordpress.com/2009/03/congratulations-on-your-new-baby-boy.jpg

From: Farid nini

18-01-2011 05:57

Assalamualaikum,. isteri saya iza hairani telah selamat melahirkan
cahaya mata kami pada jam 03:30 pagi di ppum.



Tu SMS yg aku terima di awal pagi tadi. It means what?
Ignorekan soklan tu dulu.
Aku reply balik tanya camna keadaan baby & mak dia, dan baby aper?

From: Farid nini
18-01-2011 06:06

Baby boy. baby ok stabil,cme mak dia x brape ok skit sn kne operate.

Apapon, syukur alhamdulillah
sbb actually kedua-dua ibu & baby ok selepas aku berbalas SMS dgn Farid
bertanya lebih lanjut sket.

Tahniah Nini & Farid!

p/s: pic baby & nama baby akan 'entri'kn kendian. =)

Saturday, January 15, 2011

Foto Koleksi

Koleksi foto menggunakan kamera hp sony ericsson K81i.
Sony ericsson still the best dlm bab kamera hp nih.

Set pelengkap selera di Pizza Hut Wangsa Maju

Masjid di Bandar Alor Gajah, Melaka.

Senja di Port Dickson.

Dari atas feri waktu drive abah gi amik mak kat spital.

Info Khidmat Masyarakat - Terminologi Berkaitan Babi n Khinzir



Lately nih life agak bz dan meletihkan. So dah lama tak update laman ni dengan sumtin yang lebih menarik, so hari nih jom kita tengok terminologi berkaitan babi yang baru aku baca tengah malam tadi.

Kenapa aku nak share dengan korang tentang menatang babi nih, nanti korang akan tau sendiri.

Babi atau khinzir ni if dalam Bahasa Malaysia kita rasanya semua orang faham apa menda kejadah tu, very straight forward la. No need to explain pon sebab orang kita bila menyumpah seranah pon selalu sangat keluar nama menatang nih. Tapi bila dalam Bahasa Inggeris, dorang ni ada term-term yang lebih spesifik untuk merujuk sesuatu yang berkaitan atau bersumberkan kepada menatang babi nih, jadi kekeliruan mungkin terjadi bila kita tak amik tau.

In fact, waktu kat Milan suatu tika dulu, kitorang nyaris termakan atau memang ada yang dah termakan dah biskut jari yang ada kandungan minyak haiwan (tak betulnya sebab haiwan tu tak disembelih) walaupun kitorang dah berjaga-jaga dengan list menda menda ingredients dalam makanan yang berasaskan haiwan nih.

Straight to the point, antara terminologi yang merujuk kepada sesuatu yang bersumberkan atau berasaskan menatang babi ni ialah:

PORK - biasanya digunakan untuk merujuk kepada daging babi dalam masakan.

SWINE - digunakan untuk menunjukkan kumpulan spesis menatang babi ni lah.

PIG - yang ni korang semua tau kot. Term yang menunjukkan seekor babi, anak babi yang kurang drpd 50 kg.

HOG - babi dewasa, melebihi 50 kg.

PORCINE - term yang digunakan untuk merujuk sesuatu yang bersumberkan atau berasaskan babi. terminologi ni kebiasaannya digunakan dalam bidang perubatan.

BOAR - babi liar.

SOW - babi betina dewasa.

LARD - lemak babi yang biasa digunakan sebagai sabun atau minyak masak.

BACON - terminologi yang juga digunakan kepada daging babi salai. tapi term ni jugak digunakan kepada daging salai yang lain selain daripada babi.

HAM - daging bahagian peha babi yang telah disalai.

Tu semua adalah terminologi yang aku nak share n bagitau korang semua. Sebabnya dalam banyak-banyak term tu, term PORCINE lah yang selalu kita miss look sebab ianya digunakan sebagai ubat-ubatan.

Dari Abu Darda r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram."

Mungkin korang pernah tengok kat label vitamin atau ubat-ubatan yang ada tertulis;

'This product contain substance from porcine.'

atau,

'The source of gelatin capsule is porcine.'

Sebagai contoh, korang boleh tengok-tengok kat sini camna tag tu boleh dikenal pasti. KLIK!

Sebabnya yang perlu diingati ialah kebanyakan ubat-ubatan bukannya dibuat dari Malaysia atau Negara-Negara Islam dan menatang babi ni sebenarnya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dan kajian bioperubatan penyakit manusia kerana menatang ni dianggap sesuai dari segi anatomi dan fisiologi.

So, be careful dengan ubat-ubatan, supplement atau vitamin yang korang gunakan.

Actually apa yang aku nak share ni bukan nak burukkan sesapa pon atau bertujuan tak baik, tetapi juz as an info untuk aku dan korang semua.

Sunday, January 2, 2011

Terima Kasih untuk semua!



Post pertama untuk tahun 2011. =) Juz nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang memberikan sokongan terhadap blog aku yang takda apapapa ni, yang menghargai hasil 'tampalan' aku yang aku dah letak kat blog ni even semua tu takde la kemas n bagus sgt pon. Tapi, since raya puasa tu hari aku perasan semua tu sebenarnya diberi perhatian gak even sket. Tak isah lah sebab aku pon tak harap sangat but beberapa orang kawan minta aku buatkan 'tampalan' utk ucap selamat hari raya, then slowly...kat opis pon dorg minta bagi idea & pandangan tentang set up untuk buat wall poster untuk opis, in fact terbaru gambar A109 LOH ada diletakkan kat banner 5S. So, ok la, happy juga bila tengok semua tu, macam satu galakan satu inspirasi untuk terus 'menampal'... =). Even as suka suka.

Errr...TQ kepada Farah Waheeda, sebab dok bertanya camna nak buat semua tu. Kepada 2-3 org opismet juga yang dok suruh ajar cara nak tampal tampal nih. TQ

Dan, ada juga yang menyukai foto-foto yang dipaparkan walaupon tak secantik foto dari DSLR. Semuanya adalah amat bermakna sekali.

Apapon, thanks a lot for your continuing support and encouragement.

nyummy!

all in sketch mode