Monday, January 24, 2011

Info Khidmat Masyarakat - Antara Ubat Mengandungi Unsur BAbi 1



Pagi yang indah untuk memulakan everything.

Juz nak sambung sket pasal lanjutan daripada entri yang lepas berkaitan ubatan yang ada unsur BABI. Lagipon info nih cuma untuk pengetahuan umum kita semua je, apapon terpulang pada tindakan memasing lah. Tak dapek den nak nolong..!

So, antara ubat-ubatan tu ialah:

Kenalog in Orabase - ubat sapu untuk ulser mulut.

Drixoral - tablet selsema.

Clexane - ubat suntik untuk mencairkan darah.

Fraxiparine - ubat suntik untuk mencairkan darah. alternatif kepada 'clexane' dan 'fraxiparine' ini yang halal digunakan ialah 'fondaparinux'.

Imodium Capsule - ubat cirit-birit.

Vaksin jenama Monumune - vaksin untuk meningococcal meningitis (ACYW 135).

Benadryl for the family original - ubat batuk, bersin dan hidung tersumbat.

Botulinum Toxin Type A ( BTXA) - nama glamer dia Botox. guna merawat kekejangan otot leher, penyakit berpeluh yang melampau di ketiak, mata juling dan pengecutan kelopak mata. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-73 pada 4-6 Apr 06.

Calciparin - kalsium heparin, untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. alternatif, ada produk sama yang dihasilkan oleh syarikat tempatan berasaskn material drpd lembu.

Centrum complete from A-Z - supplement untuk kesihatan. semak label dia sebelum beli.

Clexane, Lovenox - untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-87 pada 23 Jun 09.

Cotazym, Cotazym S-Capsules, Cotazym Forte Tablet - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Creon 10 000 capsules - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Curosurf Poractant Alfa - rawatan kepada bayi pra matang yang mengalami penyakit membran hyalin atau sindrom pernafasan bayi.

Edward Porcine Bioprosthesis - injap jantung babi biologi, digunakan dalam rawatan berkaitan injap jantung manusia.

So, cukup dulu la list tu setakat ni, nanti nanti akan disambung lagi.




No comments: