Monday, August 29, 2011

Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar walillah hil hamd




Sa'id bin Musayyab berkata:

"Sunat pada Hari Raya Aidilfitri itu ada tiga ; iaitu berjalan kaki menuju tempat sembahyang (tanah lapang), makan sebelum berangkat, dan mandi (sebelum berangkat)."

Albani berkata : "Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Faryabi dengan sanad sahih."



Dok tak dok, dah sampai ke penghujung pon Ramadhan Al-Mubarak ni, Sang Syawal yang mulia mula meng'skodeng' menanti munculnya fajar besok pagi. Syukur kerana kita berjaya mengharungi Ramadhan ini dan moga segala amal ibadah kita diterima di sisiNya.


Moh kiter sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar dapat diketemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Insya'Allah.


Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar la ila haillallah wallah hu akbar.
Allah hu akbar walillah hil hamd
(There is no god but Allah and Allah is great. Allah is great and to Allah belongs all praise).


Honestly, tatau napa tetiba hati terasa sayu bila dengar takbir eidul fitri nih, walaupun camtu hati juga berkeras nak mendengar dan terus mendengar. Berbagai-bagai kenangan pahit manis berputar-putar dalam kepala, dari zaman bebudak di Permatang Ibus sampailah ke zaman la ni. Macam filem lama yang ditayangkan semula. That's the nature of life!


Mailbox kat henpon dah nak penuh, mau kejap lagi hang henpon aku tu dengan sms ucap salam eid dari kawan-kawan seperjuangan. Paling banyak sms daripada Kluang. Thanks ya!



Takbir yang isinya bermaksud:

Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar,

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar,

Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.

Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya,

segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya,

Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.


Sekadar update. Selamat Menyambut Ketibaan Syawal dengan penuh keinsafan. Semoga hari raya kali ini mambawa seribu erti buat kita semua.


Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:

"Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.

(Riwayat Ibn Majah)


Sharing is caring:

Esok pagi, bangun awal awal dan lakukan mandi sunat eidul fitri tau (pesanan ini ditajakan khas untuk aku, saudara-mara dan sahabat serta rakan pelawat, blogger yang dikasihi sekelian).

Niatnya cenggini:

“Sahaja aku mandi sunat hari raya eidul fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.



Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri Untuk Semua





Bismillah hirrohmanirrohim


Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
untuk semua yang sudi menjengah ke laman Mata Hati Jiwa ni.


Dengan rasa rendah hati, aku memohon kemaafan dan mengharapkan keampunan ke atas segala kesilapan, kekurangan dan kekhilafan yang wujud pada diri aku.


Maaf Zahir & Batin


Aku juga mendoakan agar kalian teman-teman yang menjengah ke sini akan bergembira
di Eidul Fitr yang mulia ini bersama keluarga tercinta, sanak-saudara dan handai taulan.
Semoga Eidul Fitr kali ini memberikan seribu makna untuk kalian.


Kepada adik-adik ku yang dikasihi,


Sungguhpun Eid kita pada kali ini berbeza dari Eid yang terdahulu, aku harap kita akan tetap menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran. Kita akan bersama-sama menziarahi pusara Ibunda tercinta seusai solat sunat Eidul Fitr.


Dan, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menempatkan Ibunda kita dikalangan
mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh.


Semoga di hari yang berbahagia ini dan hari-hari yang mendatang akan
memperteguh-eratkan lagi silaturahim dan kasih-sayang di antara kita hingga ke akhir hayat.


Amin


Last but not least,


Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf Zahir & Batin






Katakanlah:
“Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah az-Zumar 39:53)



Gatal Tangan Edisi Raya: Salam Aidilfitri 2



Ni plak hasil recycle template tampal yang dolu-dolu pernah aku post kan kat blog nih. Yang ni versi berkaitan kerja la kiranya. Aku rasa agak cantek la jugak, tak kisah la orang nak kata perasan ke , apa ke...ada aku kisah?



"Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah."


Thursday, August 25, 2011

Gatal Tangan Edisi Raya: Salam Aidilfitri 1



Time senggang yang sedikit selepas iftaar, so aku curik-curik masa menghasilkan karya 'Gatal Tangan' ni, saje je nak naikkan mood raya. Lagipon siang tadi, ada terima kad raya dari travel agency yang gi umrah hari tu. So, terpikir dah lama tak menggatalkan tangan buat menda yang seumpamanya.

Just terpikir nak gunakan konsep yang len, means subjek tu asalnya takde kena mengena ngan raya tapi dikena-mengenakan juga ngan konsep raya. Dan hasilnya, oke kot..kan? =)

Update & upload to share!


"Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini"


Saturday, August 20, 2011

Oleh Adam Khalis



Macam title kat atas tu, actually lama jugak aku simpan karya-karya agung ni. Trust me, one fine day bila depa-depa ni dah besaq, waktu tu barulah depa akan terasa nilai karya-karya macam ni.


Karya yang menunjukkan perkembangan dan permulaan seseorang. Even as a contengan tapi itu adalah imaginasi bebudak kecik ni.


Ce tengok gambar gajah yang dilukis, gajah tu berdiri beb. So, ce kita bayangkan apa la imaginasi sebenar yang bermain-main dalam kepala bebudak kecik nih.


Korang yang ada anak-anak kecik, anak-anak sedara ke, cucu-cucu ke, leh simpan karya-karya dorang. Better if kasi dorang ni melukis kat drawing block, then kalau bersih terus masukkan dalam frame dan gantung kat dinding. Semua tu akan jadi satu memori atau kenangan kat dorang.


Every man's memory is his private literature.


Apapon, selamat menghabiskan sepertiga terakhir Ramadhan, 10 malam terakhir. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita.




Dari Abu Hurairah r.a; Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa itu perisai. Apabila orang itu berpuasa,
janganlah mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak bercakap kasar.
Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya
maka katakanlah aku sedang berpuasa."




alhamdulillah



"Inilah wang menggantikan beras fitrah yang wajib
ke atas saya/tanggungan saya tahun ini kerana Allah"


Alhamdulillah, settle dah. Tak banyak pon, cuma RM49 je. Korang dah setelkan ke belom? Macam kata my big big big boss, setelkan cepat cepat, takyah nak kejar sangat waktu afdal. Ada antara kita ni jenis last minute balik kampung, pastu nak bayar pon kat kampung. Then gerak balik malam raya, so esok paginya terbabas bangun, kelam kabut punya pasal terlupa nak setelkan zakat fitrah. At last afdal ke mana, apa pon ke mana.



Sabda Nabi s.a.w,
"Apabila matinya seseorang anak Adam itu
maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya."



Actually dah lama aku nak buat menda nih bagi pihak arwah Mak, dan Alhamdulillah akhirnya tercapai juga. Kat satu corner tu ada tertulis "Konsortium Wakaf Al-Quran', dah lama dah dok perati but at last aku decide untuk belikan Mak tiga buah Al-Quran dari organisasi tu untuk dorang wakafkan kat mana-mana organisasi yang layak dan yang memerlukan. Tenang sket rasa. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya.


Dulu ingat nak belikan dan wakaf kat Masjidil Haram, tapi ada kekangan bajet sket so tertunda niat tu. Anyway, now dah setel. Mungkin pasni boleh beli lagi dan buat bagi pihak setiap anggota keluarga kot. Insya Allah.


Korang pon boleh jugak if nak buat camni dan tak rugi pon, takde tinggi belanja pon.


Untuk maklumat korang boleh jengah ke http://wakafquran.blogspot.com




Tuesday, August 16, 2011

hujan batu di kampung sendiri...


Sekali lagi, Alhamdulillah kerana kita semua telah mencecah ke pertengahan Ramadhan Al Mubarak ini.


Pasal blog ni, waktu memula aku buat blog ni aku ingat takmo la nak tulis apa apa or tulis panjang panjang sebab aku cuma hengat nak letak koleksi foto-foto aku kat sini dan sedikit description berkaitan foto tu. Dan, sebab tu jugaklah nama blog ini mata hati jiwa, means segalanya yang berkaitan dengan diri, kenangan dan bagai-bagai lagilah.


Dan tanpa sedar, aku menulis jugak kat sini. Kalaulah itu suratannya, then aku carry on lah.



Pernah dengar kata orang-orang tua zaman dulu,


'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'.


After all, bila dah lama dok pikir, betul kot kata-kata tu. Dan aku rasa bersyukur teramat sangat kerana dilahirkan di bumi Malaysia nih. Boleh dikatakan serba-serbi yang terdapat di Malaysia ni adalah yang terbaik if nak compare kan dengan negara lain. Dari segi keharmonian, infrastruktur, makanan, iklim dan cuaca, teknologi, matawang - aku rasa kita still dalam kelas yang terbaik. Errr...we are not talking about politic, but about 'anugerah' yang dikurniakan.


Orang cakap Arab Saudi tu kaya sangat dengan minyak, memang betul tapi tanah dorang miskin air. Bagusnya, mata air galian yang kat sana adalah yang terbaik - air zamzam. Tapi susah nak tengok ada taman ala-ala Bali kat rumah-rumah di sana, parit-parit dan sungai-sungai lagi la susah. Cuaca dia plak kering. So, walaupun temperature 38 degree celcius, ianya agak panas la.


Tengok kat Malaysia pulak. Minyak banyak, air pon banyak. Leh buat bisnes air mineral lagi dan jualkan. Taman reakreasi bersepah kat Malaysia nih, hutan simpan pon still banyak, hutan dara la, hutan tak dara la, nak buat aktiviti jungle tracking la, berkayak la, pertandingan dayung sampan la, semua boleh. Kalau kat Malaysia, temperature 38 dengree camtu still oke what, sebab Malaysia ni panas dan lembap sepanjang tahun - khatulistiwa.


Itali , Peranchis, senang citer Eropah, orang cakap best. Sejuk. Tapi sebenarnya dorang takde rasa kenikmatan melepak-lepak minum dan makan roti canai kat tepi jalan sebab terlalu sejuk. Mana ada chance nak pakai bermuda malam-malam dan cari kedai yang letak meja kat kotak parking macam kedai mamak kat Malaysia ni. Dan, aku rasa dorang memang tak hadap la ABC kat sana.


See! Bersyukurnya jadi orang Malaysia. Serba serbi jenis makanan dunia ada kat Malaysia sebab orang kita bab-bab makan ni takde pantang kot. So, sebab tu semua jenis restoran makanan dunia ada sini. tak yah nak gi Arab, ada je nasi mandi kat sini, pizza pon banyak, sushi plak kat hypermarket je dorang jual. Indahnya Malaysia ni kan?



Dan orang Malaysia diakui sangat baik. Bukan aku cakap, tapi Hillary dari Uganda dan Salleh dari Arab Saudi yang cakap, depa pon tengah study kat Cyberjaya nun. Aku memang akui sangat, bayangkan korang berada kat Afrika, agaknya la kan, korang rasa selamat tak if korang dok meniaga talipinggang, dompet dan len len lagi kat pekan pekan yang agak terpencil sikit? Aku rasa mau nya korang kena rompak atau kena belasah. Tapi, kat Kluang, Johor ada je mamat Afrika ni jual talipinggang semua tu dari meja makan ke meja makan, malam plak tu. Orang Malaysia tak kacau pon. Bagus & baiknya orang Malaysia.


Janji kau tak kacau aku, sudah la!


Actually saje je la aku tulis semua tu, sebab dah lama terfikir. Tetambah plak dalama bulan bulan kemerdekaan nih. jadi juz share je lah apa yang ada dalam benak kepala hotak yang satu nih.


Note:

Foto-foto kat atas tu ditembak oleh ZwanFahmi Zrol sebelum iftaar kat rumah. Murtabak tu memang feveret kitorang adik-beradik la. RM 3 je sekeping. Sedap, kan? =)



Friday, August 12, 2011

2 bulan...




Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-12 Ramadhan kita ni. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih berpeluang sampai ke hari ni. Dan, pada hari ni genap juga 2 bulan Mak pergi meninggalkan kami semua.


Al-fatihah.


Kadang-kadang bila bersembang dengan Tok, rasa kesian sangat kat dia. Dia cukup ingat dan rajin menghitung hari Mak pergi. Hari ni dah hari ke 30...hari ni dah hari ke 50. Macam tu lah dia. Kadang-kadang dia tengok foto arwah Mak then dia nangis sorang-sorang.


Chu ada bagitau, Tok ada foto album sendiri. Semua foto anak menantu dia ada dalam situ, semua foto cucu-cucu dia ada di dalam tu. Dan, dia selalu tengok album tu. Aku tatau la apa perasaan yang orang lain rasa, tapi aku rasa sumtin. Waktu menaip ni pon dok terfikir, anak-anak dan cucu-cucu ada ke simpan foto Tok untuk ditatap pada tika tika tertentu? Tapi itu la kot yang dinamakan kasih sayang, yang mungkin kita takleh nak paham sebagai hak personal masing-masing.


Aku tau, Tok terkenangkan Mak macam kami juga. Tok pernah bagitau Chu, kalau sebelum ni dia balik ke sini dia boleh tengok Mak, tapi la ni tempat Mak berbaring je yang ada.


Eidul fitr bakal menjelang tak lama lagi, dan kali ini kami semua bakal merayakannya tanpa ke'ada'an insan yang paling kami sayang iaitu Mak. So, eid kami cuma dalam kadar biasa biasa saja.


Aku akan cuba menyediakan keperluan yang terdaya untuk adik-adik aku meraikan eid ini. Almond London, tat nenas, ketupat palas, apa lagi? Insya Allah, semua tu dan yang lain lain akan ada nanti.

Kat sini, sekali lagi aku letakkan mercu tanda Malaysia yang aku kagumi untuk tatapan mata korang. KLCC.





Tengok yang ni tak dapat pahala taw!!




KLCC - antara binaan yang sangat cantek kat mata aku di Malaysia nih. Tanpa sedar, rupanya aku memang suka tengok KLCC. Tapi tengok KLCC ni takde la dapat pahala mcm tengok Kaabah tu.

Pada aku KLCC ni sangat cantek especially waktu malam bila ianya dilimpahi dengan cahaya lampu yang bergemerlapan dan berwarna-warni. Suatu ketika dulu aku penah membuang masa pada malam hari kat taman kat Suria KLCC tu semata mata nak tengok lampu KLCC ni berkedip naik dan turun setingkat setingkat. Cantek bangat!

Kat sini nak kongsi, KLCC - view dari parking belakang Old Town White Coffee, Jln Yap Kwan Seng, KL.



KLCC ni juga la antara identiti Malaysia yang tersohor. Waktu jengah kejap kat Sesto Calende dan Bayonne dolu dolu, bila kita sebut kita ni dari Malaysia apa yang dorang kat situ tau tentang Malaysia nih cuma dua, satunya KLCC dan satu lagi Litar F1, Sepang.

Honestly, rasa bangga ada KLCC ni.






Tuesday, August 9, 2011

Kadar Zakat Tahun 2011




Kejap je, kan?
Rasa mcm Ramadhan ni memecut laju plak. Dah hampir nak habis 1/3 yang pertama. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana kita dapat capai sehingga ke hari nih.

Entri kali ni juz as an updet je. Saling ingat mengingati berkenaan tanggungjawab kita membayar zakat.

Teringat lagi zaman dolu-dolu waktu bebudak dulu kat kampung, orang kampung biasanya memberikan zakat ni dengan bagi segantang beras kat mereka mereka yang dikira layak menerima. So, kami adik-beradik ni pon start bizi jugak la bertugas sebagai posmen menghantar beras tu kepada mereka-mereka yang berkenaan.

Mula-mula dah dapat list sapa yang akan diberi zakat ni. Kami pon tapau la beras dalam beg plastik segantang untuk tiap satunya, then petang hari Ramadhan yang akhir kami adik-beradik pakat-pakat la hantaq beras tu dengan menaiki gerek ke serata kampung. Meriah juga la, cuma aku ja tak reti nak bercerita macam mana.

Banyak juga ghumah yang kami hantaq dan antara yang wajib ialah ghumah Tok Ngah Timah, tok guru yang ngajar kami ngaji Quran dolu-dolu.

But now, kita bayar zakat dah simple dah, Bayar kat amil yang bertugas, kat ruang legar shopping complex, kat masjid atau surau, kadang-kadang kat ruang legar opis dan banyak lagi lokasi. Aku pon sebelum sebelum salu je gi bayar kat ruang legar KL Sentral, ada amil buka meja kat area depan McDonald tu. Niat nak bayar pon siap ditulis lagi, cuma baca je. Senang dan simple, kan?

Tahun ini punya kadar zakat dah pon ada, so boleh lah kita sama-sama pi bayar zakat pasni. Dan, of coz kadar zakat ni berbeza-beza ikut negeri. Jangan la tanya aku napa, tapi memang bersebab. =)



Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.

Apapon, jom lah kita sama-sama menyelesaikan tanggungjawab yang satu nih.


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat
dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat".
Surah An-Nur (ayat 56)



Sunday, August 7, 2011

Tengok je dah dapat pahala!




Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan!


Tak pasti, tapi orang cakap antara perkara yang kita tengok je pon, kita leh dapat pahala dan diantara perkara tersebut ialah menengok (melihat) Kaabah. Tak tau la samada tengok gambar pon dapat pahala atau tak, tu aku kena check balik nanti la. Tapi memang ramai jemaah-jemaah yang tak buat apa apa bersidai di birai bangunan tu semata-mata untuk menengok Kaabah ni.


Camana la gamaknya keadaan di sana dalam bulan Ramadhan ni kan?


Apapon just nak share gambar Kaabah yang aku tembak sendiri dengan XZ-1 aku, pemandangan dari atas bangunan Masjidil Haram pada malam hari.


Sharing is caring...

Daripada Abu Bakar r.a,
"Aku melihat Rasullullah s.a.w di Al-Arj (sebuah tempat),
Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa,
kerana dahaga atau kepanasan."
Riwayat Abu Daud.


Hal ini berkaitan dengan mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh tetapi termasuk dalam perkara-perkara sunnah. (Sumber Solusi isu #34)



Friday, August 5, 2011

RM 8 per kg




Terliur tak?

RM8 untuk sekilogram.


Oke tak? Oke ke tak tapi tu lah harga kat pasar malam.
Memang maniss gila. Bulan Ramadhan kalau time iftaar sodap nih leh makan buah laici yang dah dikupaskan then dah siap disojukkan dalam peti sojuk. Huh!!


Ustaz tu hari cakap, antara waktu-waktu yang sangat afdal, mujarab, makbul doa nih adalah waktu sebelum masuk waktu berbuka puasa (iftar). Katanya lagi kalau kat Masjidil Haram nun,
orang-orang Arab dok berdoa je sampailah azan berkumandang.


Apapon, selamat menempuhi Ramadhan dengan jayanya, semoga setiap amalan kita diterima Allah.


Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa,
ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa
orang yang diberi makan itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu."
Riwayat At-Tirmidzi.






Wednesday, August 3, 2011

Potret Pemancing



Macam-macam aktiviti orang lakukan kat sungai. Ada yang berkayak, bersampan, ber'jet-ski', menjala dan memancing ikan.

Petang Ahad satu hari tu aku berkesempatan 'menembak' beberapa foto sorang brader ni yang sedang asyik sangat memancing waktu air sedang surut. Not bad! Sebab sepanjang aku dok 'tembak' tu banyak kali gak la aku terperasan dia dapat ikan.

Just to share it!



Sharing is caring...

Rasullullah s.a.w bersabda; "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Untuk adik-adik kesayangan aku kat rumah tu, bangunlah sahur (soq) walaupun hanya untuk minum ayaq. Tetapi yang pastinya Tok Diah mesti akan masak, sebab dia tak boleh tengok cucu-cucu kesayangan dia tak makan. So, bangunlah dan jamahlah sikit.


nyummy!

all in sketch mode