Saturday, October 30, 2010

Info Khidmat Masyarakat - Kanser Serviks



Last week, coverage broadband mmg out. Macam hampeh!. Ok kejap, tak oke lama...oke sat, pastu tak oke. Walaupun hari nih coverage agak lemau lemau sket tapi rasanya still oke kot untuk aku ngeblog sket. Actually cuma nak kongsi sikit ringkasan artikel yang aku faham tentang kanser serviks atau cervival cancer

Dipendekkan, aku rasa tak perlu kot untuk ceritakan apa itu serviks dan fungsi serviks sbb kalau orang pompuan dia patut tau sendiri. sindri mau ingat la kan?


APAKAH KANSER SERVIKS



Kanser serviks atau juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan antara barah yang tinggi statistik kejadiannya di Malaysia. Kebiasaannya kanser serviks ni ngan kanser payudara berebut rebut nak amik kedudukan tertinggi.

Kanser servik ini terjadi akibat kehadiran antibodi kepada human papillomavirus atau HPV iaitu virus yang menyebabkan terjadinya ketuat kelamin atau genital wart. Virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim (cervix) dan seterusnya menyebabkan perkembangan barah.


Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Saunthari Somasundram menegaskan bahawa;

"HPV yang menjadi punca kanser pangkal rahim, berjangkit melalui hubungan seks dan risiko seseorang wanita mendapat kanser tersebut bermula daripada kali pertama dia mengadakan hubungan seks."

Menurut beliau lagi, dalam setiap sejuta wanita yang dijangkiti HPV, dianggarkan 10 peratus atau 100,000 orang akan mengalami perubahan tidak normal (sel pra kanser atau servikal displasia).

JENIS-JENIS KANSER SERVIKS



Terdapat 2 jenis kanser servik yang utama iaitu:

1 - Squamous cell carcinoma (Karsinoma sel skuamus) - jenis kanser serviks yang paling biasa, bermula di dalam sel-sel skuamus atau sel-sel yang berupa kulit.

2 - Adenocarcinoma - ialah jenis kanser servikal yang lebih jarang terjadi. Ia bermula di dalam sel-sel glandular.


TAHAP-TAHAP KANSER SERVIKS


Tahap 0 - Proses kewujudan tumor iaitu pada sel luaran dan permukaan serviks.

Tahap 1 - Kanser tersebut mula menyerang bahagian dalam serviks.

Tahap 2 - Kanser mula menular ke sekeliling 'neck of the womb'.

Tahap 3 - Kanser mula menular melekat pada tulang dinding pelvik.

Tahap 4 - Kanser mula menular ke dalam organ-organ badan yang lain.


SIMPTOM

So, diantara tanda-tanda atau simptom awalan sebelum kanser ni berkembang ialah:

1 - Lelehan faraj yang berair dan berbau yang tidak menyenangkan.

2 - Rasa sakit dan pendarahan semasa atau selepas melakukan perhubungan seks.

3 - Perdarahan pada faraj antara haid.

4 - Perdarahan pada faraj selepas putus haid.

5 - Keletihan.

6 - Leg pain or swelling.

7 - Low back pain.


So, secara ringkasnya itulah yang ingin aku kongsikan bersama-sama korang tentang kanser serviks. Kata orang, prevention is better than cure. Kan?

Sesapa yang rasa dia patut untuk melakukan Ujian Lumuran PAP atau PAP Smear, korang digalakkan pergi la untuk buat ujian tersebut. Tak yah la nak malu malu atau segan.


Ujian Lumuran PAP ini diperkenalkan pada tahun 1943, boleh mengesan perubahan sel atau membantu doktor mengesan sel-sel prakanser dalam serviks yang berpunca daripada HPV. Rawatan ke atas perubahan sel yang dikesan mampu mencegah berlakunya kanser serviks. That's all.

Untuk keterangan lanjut, korang bolehlah cari info kat laman-laman sesawang atau yang lebih baik pergi jumpa doktor.


"Kanser serviks merupakan bebanan kesihatan, sosial dan psikologi yang besar. Ia tidak hanya melibatkan kos perubatan dan rawatan malahan impak kehilangan orang tersayang dalam kehidupan kita yang bergelar wanita. Misalnya ibu, isteri, kakak mahupun seorang sahabat."
~ Datuk Dr. Abdul Aziz ~
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Onkologi,
Pusat Perubatan Gleneagles Intan.


4 comments:

Anonymous said...

www.primaseries.my 0193437759 dengan primaseries kanser serviks boleh disembuhkan

S4Z said...

Thanks for sedara 'primaseries' ni. harap ianya dapat menjadi satu alternatif dalam perubatan untuk penyakit kanser nih.

insya allah.

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Muslimah Optimis said...

Salam.. Untuk makluman, kanser serviks juga berpunca daripada pemakaian tuala wanita yang mudah dipasaran. Kerana tuala wanita yang mudah didapati di pasaran diperbuat daripada kertas buangan kitar semula yang dilunturkan warnanya menggunakan proses pengklorinan. Jadi beralihlah kepada pemakaian tuala wanita herba yang diperbuat 100% kapas dan mempunyai kandungan herba yang boleh merawat masalah sakit puan.

Jika berminat dengan tuala wanita ini, boleh hubungi saya.

shameera.aima@yahoo.com atau sila layari LAMAN MUSLIMAH OPTIMIS.. TQ

nyummy!

all in sketch mode