Friday, July 8, 2011

...but the final destination is certain - Part 2


Part selanjutnya ialah jalan-jalan @ziarah. Normally masa yang diperuntukkan tak lama pon, dalam 2-3 jam gitu. Tapi oke la, better than nothing!



Gambar Atas: Masjid Quba

Then, perjalanan diteruskan lagi dengan mutawwif kami iaitu Bapak Junaidi bertindak selaku pemandu pelancong ke lokasi-lokasi seterusnya.



Gambar Atas: Bazaar Kurma


Gambar Atas & Bawah: Kawasan sekitar Jabal Uhud.

Gambar:
Kawasan Perkuburan Syuhada Uhud yang telah di buat tembok pemisah
bagi mengelakkan berlakunya perbuatan khurafat.
(Antaranya yang bersemadi di sini ialah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Rasullullah SAW)



Kami sempat singgah membacakan doa dan memberikan salam kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib serta rakan-rakan syuhada. Selain itu, kawasan ini pon banyak jugak penjual-penjual jalanan yang aktif menjalankan perniagaan tasbih, gelang-gelang, minyak attar dan macam-macam minyak lagi.


Kami juga singgah di Kilang Mencetak Al-Qur'an. Memandangkan terdapat papan tanda yang melarang membawa masuk kamera, so my xz-1 terpaksa tinggal dalam mobil nya aja. Kat kilang ni, wanita tidak dibenarkan masuk, tatau la kenapa. Mungkin ada sebab yang khusus, aku cuma agak-agak je la one of the reason tu. =)


Lokasi seterusnya, tak ingat nama apa bukit ni sebab nama gelaran dia lebih sedap iaitu 'Bukit Magnet'.


Gambar Bawah: Bukit Magnet


Gambar:
Memakan ais krim kat Bukit Magnet memang nikmat sangat
(tak caya tanya la brader dalam gambar tu).

Kawasan yang dipanggil 'Bukit Magnet' (orang Kedah panggil magnet ni 'besi berani') ni dikatakan mempunyai tarikan magnet bumi yang kuat. Pemandu mobil kami cuba membuktikan dengan mematikan injin mobil di grid reference yang dikatakan itu dan kemudiannya mobil kami bergerak ke belakang, termasuklah dengan bas yang ditunjukkan dalam gambar.


Agak membuatkan aku musykil sket ialah, kalaulah tarikan medan magnet bumi begitu kuat di titik tu sepatutnya semua meter indikator dan jam tangan yang berfungsi secara analog akan terganggu operasi normalnya, tetapi kat sini tak berlaku. Meter dan jam tu tetap macam biasa je. Wallah hua'lam.


Dan tempat yang tandus tu dah jadi satu tarikan pulak, ramai orang akan pergi ke sana sampai ke hujung lokasi, stop kejap and have a break with ice-cream. SR$ 2.00 untuk satu ais krim kon.


Gambar: Pemandangan OTW ke Bukit Magnet.



1 comment:

Unknown said...

Subhanallah...:)