Saturday, September 11, 2010

Catatan Kenangan 1 Syawal






1 Syawal 1431


Pagi 1 syawal semalam memang sejuk, tenang dan mendamaikan. Seawal pagi bangun dan kemudiannya mengisi sampul sampul duit yang masih kosong untuk diberikan kepada adik adik dan anak sedara yang datang beraya. Setelah selesai kesemuanya, aku lantas melaksanakan mandi sunat aidilfitri. Teringat time kecik kecik dulu, Tok Diah selalu suruh niat dulu sebelum mandi pada pagi hari raya.


Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Walillah hil hamd'


Bersama adik-adik kami menuju ke Masjid Hadari untuk menunaikan solat sunat eidul fitr. Cuaca yang redup-redup mendung di sepanjang perjalanan dan sedikit gerimis mencium windscreen kenderaan.


Ah! Terasa indah dan mulianya hari raya ini, time tu juga lah terkenang zaman kecik kecik dulu. Kami adik beradik dan dua tiga orang kawan kawan kat kampung pergi menunaikan solat di madrasah di laman rumah Njang Jusop. Memang agak ramai dan meriah, cuma bila sampai time khutbah selalunya Njang Jusop membaca dengan penuh tumpuan dan penghayatan hinggakan kadangkala membuatkan beliau dan hadirin yang lain menitiskan air mata. Selepas selesai menunaikan solat eidul fitri, semua yang hadir menuju ke rumah Njang Jusop untuk bersalaman sambil menjamah juadah yang disediakan dan kemudian kami bergerak secara berkumpulan ke rumah rumah di sekitar kampung untuk bertakbir raya.



Mengimbau ke zaman lagi kecik, aku, dd, d & syam - waktu zaman sekolah rendah, kami akan beraya dari pagi hingga ke tengah hari. Dari Matang Ibus menuju hingga ke Kuala Sala melalui Kangkong. Beraya sambil mengutip duit raya. Bila terkenang semua tu, terasa seronok sangat. Dah tak nampak suasana tu pada zaman zaman kebelakangan ni. Kami berjalan kaki ntah berapa kilometer ntah dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Jika singgah pun, cuma untuk minum dan menjamah sedikit je kuih yang dihidangkan untuk menjaga hati tuan rumah. Tapi, semua tu dah berlalu, keindahan suasana hari raya kami tu hanya kami saja yang menikmatinya.


Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Walillah hil hamd'


Tapi, setiap kali hari raya menjelma, setiap kali kenangan tu menjelma di ingatan dan terasa betapa indahnya hari raya yang kami lalui dulu dulu.


Selesai solat di masjid hadari, kami terus pulang ke rumah, akku tidak pergi ke mana mana cuma menantikan kedatangan kanak-kanak dan saudara mara untuk datang beraya sambil melayari facebook dan mengambil foto anak sedara ku yang suka bergaya. Melayan karenah dorang dengan berbagai ragam dan gaya.



Walau apapun, kenangan hari raya yang dilalui oleh aku, dd, d & syam sentiasa diingatan. SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI untuk dd, d & syam.


" Memory is a way of holding onto the things you love,
the things you are, the things you never want to lose. "

No comments: