Sunday, July 10, 2011

...but the final destination is certain - Part 3

Sebelum terlupa teman sebilik aku & Baha di sepanjang 'laluan' kami adalah Izam & Fadli, iaitu pasangan adik-beradik yang menggenapkan jumlah jemaah Malaysia bersama ibu dan bapa mereka.

Gambar: Izam (kiri) & Fadli (kanan).


Alhamdulillah, kami semua memang sangat akrab macam adik-beradik jugak. Gembira mengenali mereka di sana. =)


Pagi selepas subuh pada 28 Jun 11, kami semua mengucapkan salam perpisahan kepada Rasullullah SAW. Di dalam hati masing-masing seolah bercakap memberitahu kepada Baginda bahawa kami semua berharap agar salam ini bukanlah salam yang terakhir dari kami dan perpisahan ini juga diharapkan hanyalah sementara kerana masing-masing berharap dapat menjejakkan kaki lagi ke sini. Insya Allah.


Bersiap dengan pakaian ihram, selepas selesai jamak dan qasar zuhur dan asar maka kami bergerak menuju Bir Ali iaitu tempat bermiqat untuk meneruskan perjalanan seterusnya.





Perjalanan mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang 5 - 6 jam perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah.


Gambar: Binaan di sekitar Kota Makkah Al-Mukarramah.


Tiba di Makkah Al-Mukarramah tika waktu melepasi Isya', kami menyelesai hal-hal penginapan dan kemudiannya menuju ke Masjidil Haram. Menyelesaikan jamak maghrib dan isya' dan seterusnya melakukan tawaf umrah dan rukun yang lain. Alhamdulillah, Allah swt sentiasa memudahkan segalanya untuk kami.


Gambar:
Jemaah melakukan tawaf di ambil dari atas bumbung kota Masjidil Haram.

Gambar:
Laluan untuk memulakan Sai'e, laluan menuju ke Safa.



Jam 12 tgh malam, segalanya selesai. Empat orang lelaki-lelaki kacak dalam kumpulan kami 'menggonjengkan' kepala mereka, yang tinggal cuma aku & Baha yang tidak melakukan atas sebab-sebab tertentu, kami cuma memotong rambut mengikut syarat yang dibenarkan untuk umrah. Alhamdulillah!


Gambar:
Pemandangan waktu malam dan petang di sekitar kawasan Masjidil Haram.



Sekali lagi sebelum terlupa, sewaktu di Kilang Mencetak Al-Qur'an di Madinah; setiap orang yang masuk melawat kilang tersebut akan diberikan sebuah Al-Qur'an secara percuma atau gratis (seperti dibilang Bapak Junaidi).

Dan, kami juga ada membeli Al-Qur'an untuk diwakafkan di Masjidil Haram samada yang dipesan oleh saudara-mara, kawan-kawan atau diri-sendiri.

2 comments:

Unknown said...

merpati!:)

S4Z said...

Cik Tiniey,

ada org kata,
kumpulan merpati ni dari keturunan merpati yang berak di gua tsur untuk tolong penyamaran Baginda sewaktu bersembunyi di situ. Wallahhu 'alam