Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Monday, September 10, 2012

#31 - Al-Fatihah untuk Abah



Al -Fatihah
untuk Abah yang kami semua kasihi




Abu Bakar bin Hj Abdullah

(12 Sep 1951 - 29 Ogos 2012)


Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Beliau kembali ke rahmatullah ketika berada di wad ICU (PACU), Hospital Taiping pada 29 Ogos 2012 jam lebih kurang 10:22 malam tetapi pengesahan rasmi setelah pemeriksaan oleh doktor direkod pada 10:40 malam.

Sebab kematian yang direkodkan adalah seperti berikut: 'Sepsis shock secondary left diabetic foot ulcer with multiple organ failure.'


~~~**~~~


Selepas lebih kurang 14 bulan Emak pergi meninggalkan kami, kini Abah pula meninggalkan kami. Abah dirujuk ke Hospital Taiping daripada Hospital Angkatan Tentera, Lumut disebabkan keadaan gangrene beliau yang semakin teruk dan kebetulan doktor pakar pula sedang bercuti pada ketika itu.


Pada 28 Ogos 2012 lebih kurang jam 4:00 petang beliau dimasukkan ke dewan pembedahan untuk menjalani proses pemotongan betis kiri. Pakar bius kemudiannya telah memberi penerangan mengenai kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu Abah menjalani proses tersebut kerana blood pressure Abah adalah sangat rendah, yang mana kemudiannya para doktor telah memberikan 3 jenis ubat agar tekanan darah dapat ditingkatkan supaya pembedahan dapat dilaksanakan. Lebih kurang jam 9:00 malam +++, pembedahan berjaya dilaksanakan tetapi keadaan Abah sangat-sangat lemah dan dikelasifikasikan sebagai 'kritikal'.


Pada awal pagi besoknya, doktor telah memaklumkan bahawa jantung Abah pernah berhenti sekejap walau bagaimanapun setelah CPR dilakukan denyutan kembali 'wujud' tetapi sangat lemah dan seterusnya sehinggalah ke penghujung.



~~~**~~~



Dikesempatan ini, saya bagi pihak Allahyarham Abu Bakar bin Hj Abdullah ingin memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf jika Abah ada melakukan kesilapan, kesalahan dan sebagainya kepada mana-mana pihak sekali pun. Jika ada perkara-perkara yang anda rasa perlu dibincangkan dengan lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi saya dan adik-adik yang lain.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Hospital Taiping, Pusat Kesihatan Padang Rengas dan Pusat Dialisis Kuala Kangsar.Tak lupa juga kepada PPDKK, Pengurusan Masjid Al-Hadri Padang Rengas & Masjid Kampung Buaia serta saudara-saudara, sahabat-sahabat serta jiran jiran dan kenalan-kenalan yang memberikan bantuan. Hanya Allah swt saja yang dapat mengganjarkan pahala di atas segala bantuan kalian.

Terima kasih.











".....semua dan segala yang ada akan kembali padaNya."
- 'Bila waktu telah berakhir',Opick


Tuesday, June 12, 2012

#21 - Al-Fatihah untuk Mak




Ya Allah Ya Tuhan ku,
ampunkanlah dosa kedua orang tua aku,
dosa sekelian muslimin dan muslimat,
samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia,

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
aku memohon agar Engkau tempatkan ibu ku
dikalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh,
aku memohon semoga Engkau sediakan suatu tempat
di syurga Mu untuk ibu ku, Ya Allah Tuhan Yang Mencipta Sekelian Alam.

sesungguhnya hanya pada Mu tempat aku mengadu,
tiada daya dan upayaku melainkan dengan keizinan Mu, Ya Allah.

kabulkan lah permintaan ku ini Ya Allah,
rabbana atina fiddun ya hasanah
wafil aqiroti hasanah
waqina 'azabannar.





Sunday, June 26, 2011

Al-Fatihah Untuk Mak


Al-Fatihah

Untuk Mak kesayangan -
Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.



"Kenapa Mak mati? Kenapa Mak tak mati lambat lagi? Nanti Adam rindu...Pak Teh pon rindu jugak!"

Tu soklan yang Adam Khalis tanyakan kepada Chu sewaktu jenazah Mak kesayangan kami dikebumikan. Kita tak dapat teka apa yang kanak-kanak yang sebaya Adam berfikir tapi kata-kata itu datang dengan jujur. Selama ni pon Adam & Dini cukup kerap menelefon Mak sampai kadang-kadang Mak pon tak larat nak melayan menjawab soklan daripada cucu kesayangan yang dua beradik ni.

Dan, pada suatu petang tu Wan ada bgtau dalam sms;

"Mlm td wan mimpi mak"

Aku tenggelam dengan perasaan sendiri, cuma satu pesanan kepada Wan, bila ingatkan Mak bacalah Al-fatihah dan sedekahkan kepada Mak.




Yang pasti, kami semua - abah, anak-anak. anak menantu, cucu-cucu dan sedara mara yang lain pon akan merindui Mak.

Hari ni Ahad - 26 Jun 11, dah lima belas hari berlalu daripada tarikh Mak meninggalkan kami iaitu pada 121840H Jun 2011 di Wad 13, Hospital Taiping.

Kami - abah, anak-anak, anak menantu, cucu-cucu Mak dan sedara mara yang lain akan sentiasa mendoakan agar Mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah dan dipermudahkan oleh Allah swt segara urusan di sana.




Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara, ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”