Showing posts with label Ka'abah. Show all posts
Showing posts with label Ka'abah. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha Untuk Semua





Salam Aidil Adha

Kepada semua,

Selamat Menunaikan Ibadah Fardhu Haji

Selamat Melaksanakan Ibadah Qurban

Semoga segala amal ibadah yang kita laksanakan
akan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari ALLAH swt.

Maaf Zahir & Batin

Sunday, August 7, 2011

Tengok je dah dapat pahala!




Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan!


Tak pasti, tapi orang cakap antara perkara yang kita tengok je pon, kita leh dapat pahala dan diantara perkara tersebut ialah menengok (melihat) Kaabah. Tak tau la samada tengok gambar pon dapat pahala atau tak, tu aku kena check balik nanti la. Tapi memang ramai jemaah-jemaah yang tak buat apa apa bersidai di birai bangunan tu semata-mata untuk menengok Kaabah ni.


Camana la gamaknya keadaan di sana dalam bulan Ramadhan ni kan?


Apapon just nak share gambar Kaabah yang aku tembak sendiri dengan XZ-1 aku, pemandangan dari atas bangunan Masjidil Haram pada malam hari.


Sharing is caring...

Daripada Abu Bakar r.a,
"Aku melihat Rasullullah s.a.w di Al-Arj (sebuah tempat),
Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa,
kerana dahaga atau kepanasan."
Riwayat Abu Daud.


Hal ini berkaitan dengan mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh tetapi termasuk dalam perkara-perkara sunnah. (Sumber Solusi isu #34)



Sunday, July 10, 2011

...but the final destination is certain - Part 3

Sebelum terlupa teman sebilik aku & Baha di sepanjang 'laluan' kami adalah Izam & Fadli, iaitu pasangan adik-beradik yang menggenapkan jumlah jemaah Malaysia bersama ibu dan bapa mereka.

Gambar: Izam (kiri) & Fadli (kanan).


Alhamdulillah, kami semua memang sangat akrab macam adik-beradik jugak. Gembira mengenali mereka di sana. =)


Pagi selepas subuh pada 28 Jun 11, kami semua mengucapkan salam perpisahan kepada Rasullullah SAW. Di dalam hati masing-masing seolah bercakap memberitahu kepada Baginda bahawa kami semua berharap agar salam ini bukanlah salam yang terakhir dari kami dan perpisahan ini juga diharapkan hanyalah sementara kerana masing-masing berharap dapat menjejakkan kaki lagi ke sini. Insya Allah.


Bersiap dengan pakaian ihram, selepas selesai jamak dan qasar zuhur dan asar maka kami bergerak menuju Bir Ali iaitu tempat bermiqat untuk meneruskan perjalanan seterusnya.





Perjalanan mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang 5 - 6 jam perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah.


Gambar: Binaan di sekitar Kota Makkah Al-Mukarramah.


Tiba di Makkah Al-Mukarramah tika waktu melepasi Isya', kami menyelesai hal-hal penginapan dan kemudiannya menuju ke Masjidil Haram. Menyelesaikan jamak maghrib dan isya' dan seterusnya melakukan tawaf umrah dan rukun yang lain. Alhamdulillah, Allah swt sentiasa memudahkan segalanya untuk kami.


Gambar:
Jemaah melakukan tawaf di ambil dari atas bumbung kota Masjidil Haram.

Gambar:
Laluan untuk memulakan Sai'e, laluan menuju ke Safa.



Jam 12 tgh malam, segalanya selesai. Empat orang lelaki-lelaki kacak dalam kumpulan kami 'menggonjengkan' kepala mereka, yang tinggal cuma aku & Baha yang tidak melakukan atas sebab-sebab tertentu, kami cuma memotong rambut mengikut syarat yang dibenarkan untuk umrah. Alhamdulillah!


Gambar:
Pemandangan waktu malam dan petang di sekitar kawasan Masjidil Haram.



Sekali lagi sebelum terlupa, sewaktu di Kilang Mencetak Al-Qur'an di Madinah; setiap orang yang masuk melawat kilang tersebut akan diberikan sebuah Al-Qur'an secara percuma atau gratis (seperti dibilang Bapak Junaidi).

Dan, kami juga ada membeli Al-Qur'an untuk diwakafkan di Masjidil Haram samada yang dipesan oleh saudara-mara, kawan-kawan atau diri-sendiri.