Showing posts with label bokeh. Show all posts
Showing posts with label bokeh. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

#15 - Food Photograph 'The Collection'



Dah hampir separuh Januari 2012 kita redahi, kejap je kan?


Setiap sesuatu di sekeliling semakin dimakan usia. Yang kecik makin membesar, yang baru menjadi lama, yang lama menjadi usang, yang muda menjadi tua. Hari baru, tahun baru dan cabaran pon baru. Selamat melangkah ke hadapan...


Actually ayat-ayat kat atas tu takda kena mengena dengan entri kali ni even sikit. Entri kali ni lebih kepada flashback kepada siri koleksi pix yang dah pernah dipaparkan.




Mungkin boleh dikongsi sikit kat sini (mesti la boleh, sebab ni kan blog aku) pengalaman berulang-alik ke 'kampong' pada 2011.

Yup! Sepanjang dok berulang-alik tu kebiassan aku ialah memarkir kereta di lot parkir di hadapan Jabatan Pendidikan W.P iaitu bersebelahan pagar Hentian Duta.


Nak balik utara, naik kat Hentian Duta la, ye tak. Hari tu hujan lebat dan KL as usual akan sesak jalanrayanya. So, aku sampai ke Hentian Duta agak lewat pada petang tu, lot parkirnya pulak sudah penuh. Tanpa fikir banyak, aku memarkir kereta agak jauh sikit ke atas bersebelahan pagar Stadium Tun Razak. Memang agak jauh lah sikit dari pandangan mata orang. Sebenarnya, waktu nak tinggalkan kereta hari tu hati agak kurang enak sikit. Takpa, aku tinggalkan juga n parkir kat situ, sebab tak mau ketinggalan bas.


Dipendekkan cerita, pada Ahad malam setelah sampai balik ke Hentian Duta dari 'kampong', cermin pintu sebelah kiri kereta aku didapati telah kena pecah. Of coz kusyennya basah sebab terkena hujan, ngan kaca kaca yang halus macam berlian berterabur dalam kereta, dengan ketul batu sebesar dua penumbok Mike Tyson kat atas kusyen tu. Terkedu kejap aku waktu tu!


Itu rupanya punca hati kurang enak waktu parkir tempoh hari. Dan, yang anehnya, duit syiling atau menda lain takde yang hilang pon. Menda yang hilang selepas aku check ialah sepasang uniform kerja aku, jaket jenama BOSS, stable belt, name tag dan pas keselamatan pejabat.


Sebenarnya aku merasa agak aneh, macam mana la orang yang pecahkan cermin tu, takkan la semata-mata nak amik uniform aku je. Bila aku buat repot polis, pegawai polis penyiasat tu pon merasa agak hairan dan pelik.


Walaupun 'mamat' tu tak amik apapa barang berharga, tapi melayang jugak la duit nak gantikan cermin tu. Itulah antara pengalaman yang aku nak kongsi kat sini.


Mungkin itu antara ujian & dugaan yang Allah turunkan. Everything happens for a reason, yang tersurat dan tersirat...





Saturday, December 31, 2011

Sunday, November 13, 2011

Mencoba Makro with EOS 1100D


At last aku dapat jugak peluang try macro dgn Canon EOS 1100D
- basic set kepunyaan zwanfahmie.

Memang leh rasakan tanpa special lens, capability basic set ni agak limited.






Tuesday, November 8, 2011

Motif #2


Ampa pasti tertarik dengan kalernya yang bagai bagai tu dan bintik bintik pon yang bagai bagai
kaler dia. =)



Satu pagi tu kat umah, elok ja nak kemas kemas meja makan tetiba nampak menda alah nih. Dalam kotak plastik yang transparent tu. Uihhh.... kaler kaler lagi dan ada bintik bintik. Kalau untuk sesi bergambar ngan menda alah ni memang la nampak menarik sangat dengan karakter dia tu. So, apa lagi... terus tembak la 2-3 das!


Nampaknya nak kena buat satu label lagi la dengan tag 'Food Photography'. Baru oke, kan?



Friday, November 4, 2011

Mencoba Makro...



My trial for macro photo!



Acapkali menengok foto makro di Gugel yang indah dengan elemen pokok-pokok renek yang berbunga kecik buat aku teringin untuk mencoba melakukan sendiri. Dan, inilah hasilnya yang tidak seberapa, tidak cukup kemas. Sekadar updet sebagai koleksi peribadi.


Friday, October 14, 2011

mem'bokeh' dengan Canon EOS 1100D



Berpeluang menggunakan DSLR Canon EOS 1100D milik zwanfahmi, aku mengambil kesempatan untuk membuat bokeh dengan 4-5 kali snap. Ini hasilnya dan aku agak berpuas hati untuk 1st trial.


Foto original - Date taken 9 Oct 11, 18:43.
f 5 - 1/100 - ISO 100 - 46 mm


Yang ni selepas cropped & re-size.


Tuesday, September 20, 2011

updet pix #2




Bosan, kan? Asyik-asyik foto pokok buluh & buntil air. Bukannya chantek sangat pon, ye tak?
Tak isah la apa orang nak cakap, aku nak jugak letak foto nih.

Enjoy yourself ye! =)







Sunday, September 18, 2011

updet pix #1



Takda papa dalam entri ini, cuma foto buntilan air selepas hujan kat cabang buluh yang telah di edit - touch up - cropped dari foto asal.

Sekadar update sebab dah terlalu lama kot tak jengah kt laman nih. Tapi sekarang ni, hari hari hujan. Kt KL tu bechenta jugak la bila nak balik keja, jalan sesak kemain. Mata pon layu je.



Actually kaler pon tak balance rasanya. Terbongkok-bongkok juga la dalam hujan renyai sebab nak shoot yang ni. Apapon, untuk diri sendiri rasa agak memuaskan la.




Friday, September 2, 2011

Bokeh on Syawal



Sesambil dalam trip beraya, then kat rumah sedara tu banyak sangat pokok bunga samada pokok bunga yang takdak bunga dan pokok bunga yang memang berbunga. Kebetulan plak ada baca Mag Aperture Issue #6, ada apa menda ntah, nak kata contest pon bukan yang tema dia 'taman bunga', so sesaje je la snap gambar bunga sesambil nak asah sket teknik bokeh ni.



F4.0 - 1/800 - ISO 100


F5.0 - 1/640 - ISO 100


F4.5 - 1/1000 - ISO 100


F3.2 - 1/400 - ISO 100


F5.0 - 1/640 - ISO 100


F4.0 - 1/800 - ISO 100


F5.0 - 1/1000 - ISO 100


F4.0 - 1/1000 - ISO 100


F5.0 - 1/1000 - ISO 125


F4.0 - 1/640 - ISO 100


F4.0 - 1/800 - ISO 100


F3.2 - 1/400 - ISO 100





Friday, July 1, 2011

Neu Trial for BOKEH



Trial for BOKEH kali ni memang buat aku agak syok sendiri. Aku memang rasa trial kali ni satisfied.

Shoot selepas hujan sekitar jam 12 tengah hari di lama rumah, aku decide untuk jadikan buntilan air pada pepohon buluh tu sebagai subjek. Then ni lah hasil yang buat aku syok sendiri tu. =)

Semuanya dalam F1.8 - 1/50 - ISO 200



"A picture is a poem without words."

Sunday, April 24, 2011

Test Shot : Aku Belajar Buat 'BOKEH' - Part 2

Cuba mem'bokeh'kan lampu lip-lap yang sebesar buah keriang dot.



Sekali tengok, rasanya mcm jadi efek 'bokeh' tu,
tapi lapan kali tengok, ada macam kureng je.

Apapon rasanya more better dari yang first trial tu hari.