Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

#29 - Ira Zubir @ satu hari di hari raya



Ira.
Tu je nama dia yang aku tahu. Anak buah yang sorang ni memang pantang kalau disuruh posing untuk bergambar. macam-macam gaya bagai dia akan buat. Ngalahkan model profesional.

Tahun ni nampaknya Ira dah slim skit, if tak dialah orangnya yang saaaaaaaaaaaaaaangat gebu. Semua orang nak cubit pipi dia. :)








Monday, August 27, 2012

#28 - Adawiyah Hannani @ balik kampung on Syawal 1433H



If jumpa Hannani samada dia lepas mandi atau tengah makan atau aku yang baru lepas mandi, dia selalu akan angkat tangan sebelah dan tegur,
"hai tawan...".

Anak buah yang sorang ni ramah & sporting skit.







Sunday, August 26, 2012

#27 - Fariza Imani



Cute je, kan?

Teringat kata Dini kat aku, "baby Nyenye comel sangat, kawan."








Sunday, August 19, 2012

#24 - Kami @ 1 Syawal.


Salam eid untuk semua, semoga ampa semua berbahagia dan bergumbira di hari yang mulia ni bersama keluarga dan sanak saudara yang terchenta.

1 Syawal dah, kan?
Yang bermaqna, Ramadhan al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, rasa macam banyak lagi yang tak dan nak dibuat pada Ramadhan baghu ni. Apapon, semoga Allah swt menerima segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan dan digandakan ganjaran pahala di atas setiap amal yang kita lakukan.

Ghaya tahon ni jugak bermaqna ghaya kedua kami tanpa ibunda kami yang terchenta. Di hari terakhir Ramadhan, kami adik beradik pulun sediakan apa yang termampu untuk memeriahkan Syawal kami kali ni. Kami, adik-beradik plus Dini, Adam & Nani yang balik kali ni bergotong royong segala bagai. Start dari bersihkan laman ghumah, besiang daging, kupas bawang, memasak dan makan sesama. Andak dengan tugas dia buat kuah mee kari sedap, aku ngan teh buat gulai kerisik dagin untuk dicicah ngan ketupat, then buat sup tulang ala ala utara. Everything done!




Lepas iftar hari terakhir Ramadhan, kami adik-beradik solat berjemaah dengan diimamkan oleh Andak disusuli dengan takbir raya selepas solat tu. Kat hati kecik aku terasa sayu time takbir tu, cuma aku masih gagah nak bertahan. Terkenangkan aruah mak.

Dan, waktu tu juga Abah yang ber'wheelchair' turut join kami bertakbir. Kedengaran sayu suara Abah time tu. Kami habiskan waktu antara maghrib dan isya' tu dengan mengadakan tahlil ringkas dan terus sama-sama berjemaah isya'.

Lepas selesai isya', sesi melayan Dini, Adam & Nani bermain bunga api dan mercun. Honestly, terasa masa kita kecik-kecik dulu ngan masa sekarang terlalu berlainan. Masa merubah zaman!



Seronok depa dapat main bunga api, seronok juga kami yang menengok depa rasa seronok. Dan, nampaknya untuk malam ni kena beli lagi bunga api sebab yang semalam punya dah habis. Depa dah start demand nak main bunga api dan mercun lagi. Ngeee~~



Aku dan Dini turut me'layan' fruit cocktail yang kami sama-sama buat. Not bad!
Bertambah kerap aku berulang ke 'bilik rehat' sebab perut memang dah buat perangai since petang lagi.

Seawal pagi syawal sesudah selesaikan subuh, aku terus kat dapor menggoreng tokua (tauhu) + panaskan semua yang perlu. Plus potong ketupat dan bancuhkan kopi untuk pagi. Sebelum bergerak menunaikan sunat eidul fitri, sempat aku merebus tulang tulang lembu sebanyak 3 kg yang dibeli petang semalam, sekilo RM18 beb!

Siapkan untuk sesi menge'suptulang' pulak nanti.

Selesai solat sunat eidul fitri, aku dan Bella terus mengunjungi pusara ibunda terchenta, membacakan Al-Fatihah dan berdoa. Semoga Allah swt menempatkan ibunda kami yang terchenta dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh serta disediakan suatu tempat di syurga hendakNya. Amin.

After all, sampai kat rumah pulak, kami semua bersalaman serta memohon keampunan daripada abah pastu semua pulun melantak apa yang kami masak sesama. Boleh tahan beb.

Macam tu lah 1 Syawal kami. Itu lah raya kami adik-beradik.





Kami & Syawal @ Padang Rengas!







Monday, December 19, 2011

#6 - A moment in childhood - Part II



Children have never been very good at listening to their elders,
but they have never failed to imitate them.




Do not train children to learning by force and harshness,

but direct them to it by what amuses their minds,
so that you may be better able to discover with accuracy
the peculiar bent of the genius of each.



Tuesday, December 13, 2011

#3 - A moment in childhood


There is always a moment in childhood when the door opens
and lets the future in.




Creativity, flexibility, tolerance and love are natural states of mind
and our purpose is to nurture them to full blossom
.


Monday, December 12, 2011

#2 - Terima kasih




"Haa...dah balik pon kawan....."


Tu ayat pertama yang aku dengaq bila sampai kat ghumah. Of coz la yang ucapkan tu ialah Addini Nuwairah. Then, macam macam la dia bercerita, mama bagitau itu ini..., esok ....itu dan ini....blablabla..


At last bila aku dah masuk dalam bilik, tiba-tiba dia ghetok pintu lagi sambil pegang sumtin. Dia agak excited dan jeng jeng jenggg...





Kata Addini, mama bitau esok besday kawan jadi kakak pon buatkan 'kad' ni untuk kawan. Macam tu la lebih kurang kata-kata dia. Tersentuh hati dengar ayat tu. How caring she is!


Last year pon dia ada bagi kat on behalf of Adam & Adawiyah sekali, pon aku ada letakkan dalam laman ni. Dan depa dua beradik tak abih abih dok bercakap pasai besday.


Kepada Addini Nuwairah, kat sini 'kawan' nak bagitau sumtin - "Terima kasih ekk akak sebab buatkan kad yang kiut ni. 'Kawan' sayanggggg kat akak."


Pagi besoknya, tak banyak sangat tapi ntah berapa ntah sms yang ucapkan besday untuk aku. Kepada yang menghantar sms tu adik-adik yang dikasihi (DD, Yon & Wan), sahabat handai, teman sekerja, teman lama & baru, rakan bloggers, Celcom & Koperasi Tentera, terima kasih banyak atas ucapan dan doa hampa semua. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas kebaikan dan keprihatinan hampa semua.


Dan kisah ni tak stop tang tu saja. Adam ghetok pintu dan,


"Hepi besday kawan...", on behalf of semua orang - Bila, Mama & Nyenye.


Lepas maghrib tu, Bila tanya aku balik pukul beghapa. Tapi aku kata aku balik minggu depan. Depa plak buleh buat tak pecaya. Tapi memang aku tak bitau sesapapon aku bercuti sat, nak rehatkan badan. Makan - tidoq - membuntalkan badan! =)


Dekat-dekat nak tidoq ja lebih kurang jam 9 lebih, pintu bilik di ghetok sekali lagi. Dan kali ni Addini plak bawa handmade choco cake. Aku pon dah ingat apa yang dia cakap, apa yang dia suruh. Mungkin sikit kot yang aku ingat dia cakap,


"Bila buat kek suh kawan potong."





Dan, tak jadi dah aku nak tidoq. Pastu mangkit untuk menghargai dan memenuhi permintaan insan-insan tersayang. Pi dapoq, potong kek dan letak dalam 2-3 piring then makan sama-sama.


Kepada Bila, kat sini aku nak cakap sumtin - " Terima kasih Nadia, Sedap kek coklat tu. Dah pandai Nadia buat kek la ni, kan?"


Terima kasih jugak untuk Teh, Tam, Alip, Addini, Adam, Nani & Farish yang bantu Bila siapkan kek coklat tu.





Tak lupa jugak untuk sahabat-sahabat di Muka Buku @ facebook, walaupun aku dah lama tak login ke laman Muka Buku aku tu, tapi rasanya hampa semua mungkin ada juga wish kat aku. Insya Allah, aku akan reply ucapan tu bila masa mengizinkan. Terima kasih banyak-banyak untuk kalian-kalian semua. Sekali lagi, hanya Allah swt saja yang mampu membalas segala keprihatinan hampa semua.


Dan, untuk semua ni buat aku terkenangkan aruah Mak. Dia tak penah lupa wish aku, samada waktu aku ada kat ghumah atau tak, samada aku ada kat depan atau dia akan sms aku. Dan, dia penah bagi sumtin as hadiah and buatkan sumtin, normally memasak masakan yang sedap-sedap.


Last but not least, TERIMA KASIH untuk semua. I really really appreciate it!



And, every year on this day everything is so special!


I am 37 years old rite now.





Sunday, November 20, 2011

The Portrait Gallery #7





Pix yang ni juga telah dibuat editing + color enhancement + cropped + bagai-bagai lagi.
Apa yang buat aku tertarik adalah mata hitam si dia yang bersinar.
Cuma mungkin aku tak hati hati sangat sebab mata putih pon dah ter'color' dengan warna merah.



Color tone banyak digelapkan dalam pix ni sebab aku rasa macam nak buat sumtin
yang aku pon tatau camna nak describe.
Mebi nak bagi nampak keadaan yang lebih kurang camni kot
...

'seorang anak gadis yang ala-ala sedikit comot sedang berdiri di muka pintu
sambil merenung dengan sebuah pandangan.'









Tuesday, November 15, 2011

The Portrait Gallery #6 - Kawan



Portrait lagi dan lagi. Tangan rasa nak mengedit so aku banyak buat editing untuk edisi kali nih.
Dan aku rasa agak puas hati lah dengan hasil yang dah dapat nih.




Pix yg satu kat bawah ni agak tinggi noise dia.
Aku rasa ada sedikit kekurangan sewaktu editing.
Tapi aku agak suka ngan pix ni.