Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Sunday, May 29, 2011
Tutorial 9 - Scheduled Post Publishing
Camana nak menjadualkan agar entri yang kita buat kat blog ni terpapar secara automatik mengikut tarikh dan masa yang kita nak. Menda tu yang aku rasa nak share kali nih.
Apabila kita dah set kan supaya entri tu akan terpapar pada tarikh dan masa yang akan datang, blogger akan tunggu tarikh dan masa tu sampai dan baru la publish entri kita tu.
Dan setiap orang ada reason napa la nak dijadualkan paparan entri dia tu, mungkin waktu tu dia takda depan lappy dia ke atau waktu tu dia ada outstation kat tengah hutan rimba yang out of coverage serba serbi, so takleh dapat internet line ataupun dia dah buat entri banyak banyak then set kan supaya setiap hari entri tu terpapar satu persatu setiap hari.
Who knows, kan?
Sebenarnya senang je nak menjadualkan paparan entri ni, moh kita tengok betapa senangnya nak buat...
1 - Lepas korang dah siap buat entri, klik kat 'Post Option' kat bahagian bawah kiri kotak entri korang tu.
2 - Kat situ korang akan jumpa 'Post date and time'. Then korang masukkan la tarikh dan masa yang korang nak entri korang terpapar kat blog korang. Dah siap masukkan tarikh dan masa tu, then klik 'Publish Post'.
3 - Lepas dah klik tu, nanti status entri korang akan berstatus 'scheduled'. So, bila tarikh dan masa yang korang set kan tu sampai nanti, maka secara automatiknya entri korang akan terpapar kat blog korang.
Senang sangat, kan? Itu je pon sebenarnya cara nak jadualkan paparan entri secara automatik kat blog anda. Selamat mencuba!
Monday, November 8, 2010
Tutorial 8 - My MHJ Signature Maker
At last, setelah ditenung tenung & ditilik tilik, akhirnya inilah hasil dia. My Personal Signature Maker, actually Mata Hati Jiwa Signature.
Simple and kacang sesangat if korang nak buat. Cuma untuk lebih bagus, 'menda' yang korang nak buat as signature tu elok la transparent, so baru la nampak terletak atas background blog korang.
So, adik adik semua jom kita mula membuat signature sendiri.
1 - Buka 'New Post'
2 - Upload kan 'menda' yang korang nak jadikan signature. Kedudukan layout gambar pada 'right' dan image size adalah 'small'.
3 - Dah setel upload, then kat box korang tulis tulis post tu korang ada nampak kan kat atas sebelah kanan tu ada 'Edit Html' & 'Compose'.
4 - Buka kat box 'Edit Html'. Copy kan kod tu semua. Lepas tu, pergi kat 'Setting' then 'Formatting'. Kat bahagian 'Formatting' tu then paste kan kod tadi dalam kotak 'Post Template'.
5 - Pastu 'Save Setting'.
Dan, hasilnya....tadaaaaaa...
Saturday, November 6, 2010
Tutorial 7 - Eksperimen Signature Buat Sendiri
Tutorial tak jadi.
After all, aku try buat signature sendiri utk every single post kat page nih. Masalahnya signature tu suka memposisikan diri dia kat tengah page, then bila nak wat post n tekan enter dia takmo turun. Camno ekk??
If nak turunkan, kena la drag kan dengan pointer dulu sket then tekan enter baru la it comes back to normal.
Apapon ni kira eksperimen la untuk budak baru belajar cam aku. huhuhuhuhu...
'Narrated Anas:
Whenever the Prophet spoke a sentence (said a thing),
he used to repeat it thrice so that the people could understand it properly from him and whenever he asked permission to enter,
(he knocked the door) thrice with greetin
g.'
Sunday, October 31, 2010
Tutorial 6 - Membuat Link Within
Korang sure nampak 'Link Within' kat bawah setiap post aku tu kan? So, di petang nan syahdu dan mendung ni aku nak tips kan sket camna nak wujudkan menda tu kat blog.
Actually semudah A-B-C je. Senang sangat!
1 - Klik kat sini ------->> http://www.linkwithin.com
2 - Dah masuk situ, isikan form yang ada kat situ;
- Email: masukkan adalat emel korang.
- Blog Link: alamat blog korang
- Platform: Yang ni bia je kosong
- Width: leh la letak 4
3 - Pastu Klik 'Get Widget' -----> 'Install Widget'
4 - Bila dah selesai menda tu akan terus masuk ke Page Element korang macam gambar kat bawah nih.
5 - Pastu korang leh la drag kan dia ke bahagian bawah kotak Blog Post, macam gambar bawah ni.
6 - Then 'Save' dan korang akan nampak la macam Link Within kat bawah post aku nih.
Sekian, untuk petang ini. Terima kasih.
'Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan
bagi memperbaiki dirinya
Saturday, October 23, 2010
Tutorial 5 - Register Blog Dalam Search Engine
Kali ni aku nak share sumtin yang baru aku dapat setelah menerjah ke merata site. Meh bercerita tentang 'Bagaimana Untuk Daftarkan Blog Pada Injin Carian'.
Memula baca tips tu aku dah rasa excited sebabnya aku dan semua orang yang ada blog expect kitorang leh dapat trafik yang tinggi, pelawat dan pembaca blog yang ramai. Dan, memang tujuan org menulis blog pon supaya nak org lain baca apa yang dorang tulis. Lagi ramai lagilah dorang (bloggers) rasa happy & bangga cam nak rak. Tetambah bila ada yang memberikan komen pada apa yang dorang tulis tu.
Tapi most of the new bloggers they have a wrong assumption. Kebanyakan new bloggers macam aku ni ingat bila kita dah buat blog, blog akan secara automatiknya akan dikesan atau detected oleh search engine. Tapi mengikut tips yang aku dapat tu, sebenarnya kita kena submit URL blog kita kepada search engine tu then barulah akan dikesan atau detected secara automatik.
Pendekkan cerita, jom kita mula submit URL blog kita kat semua search engine. Peduli hapa, kan? That's one of the best way untuk perkenalkan blog kita.
1 - Untuk daftar atau register di Google, klik http://www.google.com/addurl/ , so korang dah kat page pendaftaran. Sila isi kotak kotak kosong yang diperlukan seperti berikut:
>> URL ---------> Isikan dengan URL blog korang.
>> Comments --> Isikan dengan keywords yang berkait dgn blog korang.
Pastu, isikan kotak kosong yang ada tu dengan verification code yang tersedia.
>> Klik pada Add URL.
>> Setel!
Mesti diingat bahawa bila dah submit, blog kita tu dah dimasukkan ke dalam indeks carian. Kita kena tunggu at least 3-4 minggu jugak. Kalau takda, kena la re-register balik ikut step kat atas tu.
2 - Daftar di Yahoo, klik http:/siteexplorer.search.yahoo.com/submit . Pastikan korang ada akaun Yahoo dan buat sekarang if takda. If ada korang leh terus log in dan isikan kolum your URL blog pastu klik Add URL.
Kat situ pon ada juga kolum if korang nak add kan korangnyer feed address. Just tambahkan atom.xml kat belakang URL blog korang.
Contohnya - http://mymatahatijiwa.blogspot.com/atom.xml
Link
3 - Daftar di MSN, klik http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSSD2 . isikan verification code ngan URL blog, submit pastu setel.
4 - Kalau nak URL blog korang dikesan atau detected oleh banyak banyak banyak search engine, korang leh guna submitter site. So, klik banner kt bawah ni.
Apa yang perlu dibuat ialah isikan URL blog dan alamat emel. Pastu klik submit your site. Pastu buka emel untuk verify dari semua search engine.
5 - Kalau nak blog korang lagi da bomb & terkenal, cuba cuba gunakan cara ping plak, klik kat bawah nih.
Isikan je apa yang diperlukan. Setel!
Selamat mencuba!! =)
'Dalam pencarian,
ramai orang yang terkandas disebabkan kurang kesabaran.'
Tutorial 4 - Personal Signature Maker
Contoh 1 - Signature yang transparent.
(tenggelam dalam background blog aku sbb salah pilihan warna)
Jom kita jengah jengah plak camna nak letakkan signature kat bawah setiap post korang.
Contoh 2 - Signature yg ada color background
Ada sesetengah org dia suka nak adakan personal signature kat setiap post dia, ye lah untuk tambahkan aksesori sambil kelihatan cantik. Korang boleh la terjah ke;
Kat situ korang dah boleh mulakan ntuk create signature idaman kalbu korang. Simple je. Pilih kaler yang sesuai if korang nak signature yg transparent supaya dia tak tenggelam dengan background blog korang. Lepas dah dapatkan signature ID, juz follow me pergi kat ,
dashboard > settings > formatting > post template
so, masukkan kod di bawah ni kat situ beserta dengan signature ID yang korang dapat tadi.
Pastu if nak ejas kedudukan signature tu ke kiri atau tengah atau kanan ke, ikut koranglah. Then macam biasa, klik Save.
Note. Biasanya Signature ID tu dia bagi dalam bentuk yang macam ni;
Your signature ID: 54488-329-AE3B1B02CB3B24425419445515A6790B
So,Signature
ni akan appear dalam setiap post korang yg pas pasni. =)
Monday, October 18, 2010
Tutorial 3 - Fungsi ' Automatic Thumbnail & Read More' Untuk Blog
Contoh fungsi Read more
Biasanya fungsi 'Read more' ni digunakan oleh para blogger yang selalu membuat entri panjang panjang supaya entri itu dapat dipendekkan pabila ianya dipaparkan di muka blog.
Paparan entri akan muncul secara penuh apabila kita klik pada link 'Read more' yang diletakkan pada setiap page. Jadi secara tak langsung ianya menjimatkan ruang di muka blog dan mengekalkan jumlah entri yang sepatutnya boleh dipaparkan lebih banyak.
Pendekkan cerita, moh kita set up HTML kita,
1 - Pergi kepada 'Layout' dan macam biasa klik pada 'Edit HTML'.
2 - Dan, jangan lupa untuk tick pada kotak 'Expand Widget Templates'.
3 - Pastu, dengan menggunakan fungsi carian Ctrl + F, cari kod ini <data:post.body/> .
4 - Kemudian gantikan kod tersebut dengan kod di bawah ni,
5 - Macam biasa lepas tu, klik kat 'Save Template'. Mudah kan?
P/S:
Aku tak gunakan fungsi ni sbb most of entri aku pendek pendek je isinya. Lagi satu sblm terlupa, pabila kita gunakan fungis 'Read more' ni, bila kita insert gambar ianya akan terhasil dalam paparan thumbnail.
'Apa maknanya hidup jika anda tidak boleh meletak sasaran.
Ia bukan disebabkan bagaimana anda bermula tetapi
bagaimana anda mengakhirinya'
~Evander Holyfield~
Tutorial 2 - Meletakkan 'Like Button' pada blog
Beberapa hari lepas dalam masa masa bercuti, aku telah dengan jayanya meletakkan '
Like Button' kat blog ni. So sementara masih fresh dan excited dengan 'button' tu, kat sini aku nak share plak langkah langkah camna nak pasang 'button' tu kat blog korang.
Ikut langkah di bawah;
1 - Klik pada '
Layout' dan klik 'Edit HTML' yang terdapat pada dashboard blog korang.
2 - Jangan edit apa apa lagi, pastikan korang tick pada kotak 'Expand Widget Template' terlebih dahulu.
3 - Copy kod di bawah ini,
Dan letakkan di bawah kod <data:post.body/> pada template anda.
4 - Untuk mudahkan korang mencari kedudukan kod <data:post.body/> korang boleh menggunakan fungsi carian Ctrl + F. Satu kotak akan terpapar dan korang boleh paste kan kod <data:post.body/> ke dalam kotak tersebut untuk mengenalpasti kedudukan kod yang di cari.
5 - Akhir sekali, klik '
Save Template'.
P/S:
Errr....Untuk pilihan lain, korang boleh klik SINI!
Sunday, October 17, 2010
Tutorial 1 - Membuat 'BLinK' atau kedip-kedip
Malam tadi adik pompuan aku yang baru pas PMR tu dok tanya tanya camna nak buat blog. Katanya kawan kawan dia kat sekolah pon dok bertanya juga kat dia. So aku cakap senang je and aku pon buat demo praktikal untuk dia. Hari ni tetiba aku terfikir, why not aku share apa apa tips tentang blog ni yang aku dah belajar dari kawan-kawan ataupon blog ataupun website yang lain kat sini. tapi kena permudahkan la. Tu je, kan?
So, sebagai permulaan, mari kita belajar membuat BLinK iaitu untuk menjadikan sesatu perkataan tu berkedip-kedip.
mymatahatijiwa.blogspot.com
Actually mudah je nak bagi word tu berkedip-kedip. Bila korang menulis blog posting, then tetiba korang rasa nak bagi satu word tu BLinKinG. Just taip kan macam contoh yang bawah nih.
Semudah itu je, korang gantikan la mymatahatijiwa.blogspot.com tu dengan word korang sendiri dan korang akan dapat word yang berkedip kedip macam kat atas tu hah.Maka meriahlah blog korang macam lampu kedip kedip malam raya lepas. =)
'Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya'
~Ali bin Abi Talib~