Showing posts with label Madinah Al Munawwarah. Show all posts
Showing posts with label Madinah Al Munawwarah. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

save the last dance #3




Lagi koleksi foto edisi istimewa.



The path may be difficult, but the final destination is certain.


Friday, July 8, 2011

...but the final destination is certain - Part 2


Part selanjutnya ialah jalan-jalan @ziarah. Normally masa yang diperuntukkan tak lama pon, dalam 2-3 jam gitu. Tapi oke la, better than nothing!



Gambar Atas: Masjid Quba

Then, perjalanan diteruskan lagi dengan mutawwif kami iaitu Bapak Junaidi bertindak selaku pemandu pelancong ke lokasi-lokasi seterusnya.



Gambar Atas: Bazaar Kurma


Gambar Atas & Bawah: Kawasan sekitar Jabal Uhud.

Gambar:
Kawasan Perkuburan Syuhada Uhud yang telah di buat tembok pemisah
bagi mengelakkan berlakunya perbuatan khurafat.
(Antaranya yang bersemadi di sini ialah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Rasullullah SAW)



Kami sempat singgah membacakan doa dan memberikan salam kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib serta rakan-rakan syuhada. Selain itu, kawasan ini pon banyak jugak penjual-penjual jalanan yang aktif menjalankan perniagaan tasbih, gelang-gelang, minyak attar dan macam-macam minyak lagi.


Kami juga singgah di Kilang Mencetak Al-Qur'an. Memandangkan terdapat papan tanda yang melarang membawa masuk kamera, so my xz-1 terpaksa tinggal dalam mobil nya aja. Kat kilang ni, wanita tidak dibenarkan masuk, tatau la kenapa. Mungkin ada sebab yang khusus, aku cuma agak-agak je la one of the reason tu. =)


Lokasi seterusnya, tak ingat nama apa bukit ni sebab nama gelaran dia lebih sedap iaitu 'Bukit Magnet'.


Gambar Bawah: Bukit Magnet


Gambar:
Memakan ais krim kat Bukit Magnet memang nikmat sangat
(tak caya tanya la brader dalam gambar tu).

Kawasan yang dipanggil 'Bukit Magnet' (orang Kedah panggil magnet ni 'besi berani') ni dikatakan mempunyai tarikan magnet bumi yang kuat. Pemandu mobil kami cuba membuktikan dengan mematikan injin mobil di grid reference yang dikatakan itu dan kemudiannya mobil kami bergerak ke belakang, termasuklah dengan bas yang ditunjukkan dalam gambar.


Agak membuatkan aku musykil sket ialah, kalaulah tarikan medan magnet bumi begitu kuat di titik tu sepatutnya semua meter indikator dan jam tangan yang berfungsi secara analog akan terganggu operasi normalnya, tetapi kat sini tak berlaku. Meter dan jam tu tetap macam biasa je. Wallah hua'lam.


Dan tempat yang tandus tu dah jadi satu tarikan pulak, ramai orang akan pergi ke sana sampai ke hujung lokasi, stop kejap and have a break with ice-cream. SR$ 2.00 untuk satu ais krim kon.


Gambar: Pemandangan OTW ke Bukit Magnet.



Thursday, July 7, 2011

...but the final destination is certain - Part 1




Ntah macam mana one day tetiba je terlintas kat benak fikiran dan jauh di dalam hati nak ke sana. Siyes, aku tak terlintas untuk pergi sekarang. Tapi kata orang, bila dah terlintas tu maksudnya Allah dah bagi hint menjemput kita menjadi tetamuNya ke tempat suci Al-Haram.


Dua tiga hari dok pikir pasal lintasan hint yang tetiba melintas tu dan at last aku decided untuk pegi. Pantas membuat call kepada sorang kawan rapat dan tetiba dia pon mengajukan perkara yang sama yang terlintas di benak fikiran dan hati aku. Subhanallah & Alhamdulillah. Rupanya Allah tak bagi hint tu kat aku sorang je.


Dan, kami start merancang langkah selanjutnya. Dalam hati aku, salah satu niat aku adalah untuk berdoa agar Allah meringankan sakit Mak dan menyembuhkan Mak setidak-tidaknya seperti keadaan sebelumnya, tapi tiada daya dan upaya kita melainkan dengan kehendak Allah sahaja - Allah lebih menyayangi Mak, Mak telah pergi meninggalkan kami sekeluarga dua minggu sebelum aku berangkat ke Al-Haram.



Flight Malaysian Hospitality 150 (MH 150) mendarat dengan selamatnya dalam keadaan cuaca yang sangat baik di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah kurang lebih jam 7:++ petang waktu tempatan Arab Saudi.


If tak silap temperature waktu tu adalah 38 darjah Celcius. Dengarnya macam biasa, alah..takde la panas sangat pon, tapi waktu melangkah turun dari pesawat terasa hembusan angin yang panas dan kering mula menggigit rakus tubuh badan kami. Cuaca memang agak panas di sana. Apapon, Alhamdulillah, semua tu cuma sedikit ujian dari Allah kot.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

(Al Quran, Surah Al-Baqarah : 286)


"Cobaannnnn....", kata Pendekar Bujang Lapok. =)



Sebelum terlupa, trip ni kebanyakan terdiri daripada warga jiran kita Indonesia iaitu daripada Pekan Baru, Riau yang pergi melalui pakej Malaysia. Dorang punya baju semuanya sama, macam uniform pon ada, macam boria pon ada. Mungkin tu salah satu preventive action kot untuk mengelakkan rakan-rakan mereka terpecah dari kumpulan. Dibilang oleh mereka, 'uniform' itu dibekalkan oleh ajensi.



Yang bestnya pulak, dalam grup ni yang dari Malaysia nya cuma 8 orang. So kepala trip diberikan kepada jemaah Pekan Baru sebab mereka yang teramai. Apapon, no hal lah, kan? Bukan masalah besar pon sebenarnya. I follow!



Jemaah mula berkenalan dari KLIA lagi dan antaranya yang sangat rapat dan baik dengan kami berdua adalah pasangan Hasri & Lina dari Johor. Dan, kemudian semua jemaah Malaysia yang 8 orang tu mula berkenal dan menjadi rapat sebab kami disediakan 'mobil' yang berasingan daripada grup jemaah Pekan Baru itu sewaktu perjalanan menuju ke Madinah Al Munawwarah. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami dengan keselesaan dan kelancaran.



Durrat Al Fayroz, Madinah - kami sampai kat tempat menginap agak awal dari jemaah Pekan Baru, sempat juga melelapkan mata sebelum menunggu subuh walaupon dalam perjalanan tadinya ramai yang dah berdengkur, letih! Aku? Berjaga separuh perjalanan sebab nak amik gambar tapi takde apa nak amik - gelap gelita perjalanan malam tu. =)


Masjid Nabawi, Madinah - tak jauh pon dari tempat penginapan kami. Sekali lagi, Allah memberikan kelancaran dan kemudahan kepada kami. Berulang alik tanpa mengambil masa yang panjang dengan hanya berjalan kaki je. Alhamdulillah.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasullullah SAW bersabda:

"Melakukan satu kali sembahyang di masjid ku ini lebih baik daripada seribu kali sembahyang dalam masjid yang lain kecuali Masjidil Haram."


Gambar: Dinding belakang Makam Rasulullah SAW dari pintu Al-Nisa.


Pagi tu, aku sama Baha bersolat bersebelahan dengan Al-Nisa Gate, di belakang satu pelantar yang terletak di sebelah belakang Makam Rasullullah SAW. Ngantuk jugak ekceli, tapi keghairahan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi sangat tinggi sekali sambil mata menjengok-jenggok dan mencari-cari di manakah lokasi Raudah Al Jannah seperti yang tercatat dalam buku doa kami.


Tempat di mana suatu ketika dahulu Rasullullah SAW membacakan wahyu dan mengajar tentang agama Islam kepada para sahabat dan tetangga dekatnya. Berdoa di Raudah Al Jannah sesungguhnya sangat mustajab untuk memohon sesuatu daripada Allah SWT.


Gambar:
Dinding sebelah kiri kawasan Raudah yang menjadi sempadan
antara Raudah dan Makam Rasullullah SAW.



Lokasi Raudah Al Jannah dinyata sendiri dengan jelas oleh Rasullullah SAW melalui riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudah (sebuah taman) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku berada di atas telagaku.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dan pada setiap masa kami mencari-cari peluang untuk memasuki Raudah Al Jannah. Lokasi itu sentiasa menjadi satu keinginan tinggi untuk setiap umat Islam yang mengunjungi Masjid Nabawi agar berpeluang bersujud solat dan memohon doa kepada Allah SWT.



Orang ramai bersesak-sesak, bertolak-tolak untuk masuk ke 'Taman Syurga' tu. Setiap pagi biasanya kami akan pergi seawal jam 2 pagi, kira kira dua jam kurang lebih menuju ke waktu subuh semata-mata berharap agar dapat memasuki 'Taman Syurga' tersebut. Kami tetap tak berpeluang memasuki 'Taman Syurga' tersebut. Cuma, kesempatan yang ada aku gunakan untuk menyampaikan salam yang dikirim melalui aku untuk disampaikan kepada Rasullullah SAW. Kepada yang mengirimkan salam, salam anda semua telah saya sampaikan di pagi hari pertama selepas solat fardhu subuh.


Gambar: Pintu keluar dari raudah yang ditulis dengan sabda Baginda.


At last, di pagi hari terakhir kami berpeluang bersujud di Raudah Al Jannah. Datang seawal pagi, menunggu di divider yang dinaikkan disekeliling kawasan Raudah agar kawasan tersebut dapat di vacuum oleh pekerja yang membersihkannya, berasak-asak, bertolak-tolak, melompat ke depan untuk dapatkan tempat - kedengaran macam nak dilepaskan pada permulaan merentas desa, tapi macam tu lah yang berlaku sebab semua orang nak memasuki kawasan tersebut. Sekali lagi, syukur Alhamdulillah.


Perasaan pada waktu tu terlalu pelbagai, bersyukur, gembira, insaf, sayu dan macam-macam lagi, semuanya bercampur-baur dan bersatu hinggakan taktau macam mana nak diucapkan dengan kata-kata. Terasa bertuah sangat.


Gambar:
Melintasi makam Rasullullah SAW,
Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab.


Gambar:
Bahagian luar masjid bersebelahan dengan Makam Rasullullah SAW,
di sebelah kiri ialah pintu Al-Baqee dan kanan ialah pintu Al-Nisa.


Gambar: Jemaah meminum air zam-zam yang disediakan di serata penjuru masjid.

Gambar: Pemandangan sekitar Masjid Nabawi