Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

#15 - Food Photograph 'The Collection'



Dah hampir separuh Januari 2012 kita redahi, kejap je kan?


Setiap sesuatu di sekeliling semakin dimakan usia. Yang kecik makin membesar, yang baru menjadi lama, yang lama menjadi usang, yang muda menjadi tua. Hari baru, tahun baru dan cabaran pon baru. Selamat melangkah ke hadapan...


Actually ayat-ayat kat atas tu takda kena mengena dengan entri kali ni even sikit. Entri kali ni lebih kepada flashback kepada siri koleksi pix yang dah pernah dipaparkan.




Mungkin boleh dikongsi sikit kat sini (mesti la boleh, sebab ni kan blog aku) pengalaman berulang-alik ke 'kampong' pada 2011.

Yup! Sepanjang dok berulang-alik tu kebiassan aku ialah memarkir kereta di lot parkir di hadapan Jabatan Pendidikan W.P iaitu bersebelahan pagar Hentian Duta.


Nak balik utara, naik kat Hentian Duta la, ye tak. Hari tu hujan lebat dan KL as usual akan sesak jalanrayanya. So, aku sampai ke Hentian Duta agak lewat pada petang tu, lot parkirnya pulak sudah penuh. Tanpa fikir banyak, aku memarkir kereta agak jauh sikit ke atas bersebelahan pagar Stadium Tun Razak. Memang agak jauh lah sikit dari pandangan mata orang. Sebenarnya, waktu nak tinggalkan kereta hari tu hati agak kurang enak sikit. Takpa, aku tinggalkan juga n parkir kat situ, sebab tak mau ketinggalan bas.


Dipendekkan cerita, pada Ahad malam setelah sampai balik ke Hentian Duta dari 'kampong', cermin pintu sebelah kiri kereta aku didapati telah kena pecah. Of coz kusyennya basah sebab terkena hujan, ngan kaca kaca yang halus macam berlian berterabur dalam kereta, dengan ketul batu sebesar dua penumbok Mike Tyson kat atas kusyen tu. Terkedu kejap aku waktu tu!


Itu rupanya punca hati kurang enak waktu parkir tempoh hari. Dan, yang anehnya, duit syiling atau menda lain takde yang hilang pon. Menda yang hilang selepas aku check ialah sepasang uniform kerja aku, jaket jenama BOSS, stable belt, name tag dan pas keselamatan pejabat.


Sebenarnya aku merasa agak aneh, macam mana la orang yang pecahkan cermin tu, takkan la semata-mata nak amik uniform aku je. Bila aku buat repot polis, pegawai polis penyiasat tu pon merasa agak hairan dan pelik.


Walaupun 'mamat' tu tak amik apapa barang berharga, tapi melayang jugak la duit nak gantikan cermin tu. Itulah antara pengalaman yang aku nak kongsi kat sini.


Mungkin itu antara ujian & dugaan yang Allah turunkan. Everything happens for a reason, yang tersurat dan tersirat...





Tuesday, November 8, 2011

Motif #2


Ampa pasti tertarik dengan kalernya yang bagai bagai tu dan bintik bintik pon yang bagai bagai
kaler dia. =)



Satu pagi tu kat umah, elok ja nak kemas kemas meja makan tetiba nampak menda alah nih. Dalam kotak plastik yang transparent tu. Uihhh.... kaler kaler lagi dan ada bintik bintik. Kalau untuk sesi bergambar ngan menda alah ni memang la nampak menarik sangat dengan karakter dia tu. So, apa lagi... terus tembak la 2-3 das!


Nampaknya nak kena buat satu label lagi la dengan tag 'Food Photography'. Baru oke, kan?



Sunday, April 3, 2011

Foto Koleksi Pelbagai



Sebenarnya saja je uploadkan koleksi beberapa foto lama yang aku rasa agak cantik kat mata aku. Mostly foto ni diambil menggunakan kamera henpon Sony Ericsson K81i, cuma terdapat 2 keping je yang gunakan Digital Camera Olympus.

Tengok warna coklat dia je dahhhh rasa nak makan, sedap & rangup!

Posing @ Majlis Berbuka Posa di KLIH.

Tak selalu, tapi kerap gak singgah menjamu selera kat sini. Not bad lah!

Sesapa yang rasa tingin nak naik bot pusing tasik The Mines, boleh la pegi try.
Harga takde la mahal sangat, tapi aku tak ingat berapa RM. =)


Durian. Musim durian datang lagi. Tapi skrg ni harga sang raja buah ni masih tinggi, so tunggu la kejap lagi bila dia dah melambak kat pasar malam & kat tepi jalan. Leh melantak puas-puas.

Cantikkan ukiran Arowana nih?

Ni antara koleksi foto foto bunga yang aku suka sbb sangat cantik!
Guna kamera hp je. Foto yang biasa tapi berwarna warni.



Ni plak foto kat kedai borong bunga di Petaling Street.
If tak silap time ni dah dekat dekat nak CNY kot.





Monday, November 1, 2010

Foto Cantik



Foto yang cantik ni adalah hasil melalui handphone
sony ericsson K81i aku. Dan ni adalah antara foto yang paling aku suka. Lokasi diambil gambar ialah di Jaya Jusco AU3, Setiawangsa pada tahun 2009.






'You never get second chance to make first impression.'