Showing posts with label farmaseutikal. Show all posts
Showing posts with label farmaseutikal. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Info Khidmat Masyarakat - Antara Ubat Mengandungi Unsur BAbi 1



Pagi yang indah untuk memulakan everything.

Juz nak sambung sket pasal lanjutan daripada entri yang lepas berkaitan ubatan yang ada unsur BABI. Lagipon info nih cuma untuk pengetahuan umum kita semua je, apapon terpulang pada tindakan memasing lah. Tak dapek den nak nolong..!

So, antara ubat-ubatan tu ialah:

Kenalog in Orabase - ubat sapu untuk ulser mulut.

Drixoral - tablet selsema.

Clexane - ubat suntik untuk mencairkan darah.

Fraxiparine - ubat suntik untuk mencairkan darah. alternatif kepada 'clexane' dan 'fraxiparine' ini yang halal digunakan ialah 'fondaparinux'.

Imodium Capsule - ubat cirit-birit.

Vaksin jenama Monumune - vaksin untuk meningococcal meningitis (ACYW 135).

Benadryl for the family original - ubat batuk, bersin dan hidung tersumbat.

Botulinum Toxin Type A ( BTXA) - nama glamer dia Botox. guna merawat kekejangan otot leher, penyakit berpeluh yang melampau di ketiak, mata juling dan pengecutan kelopak mata. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-73 pada 4-6 Apr 06.

Calciparin - kalsium heparin, untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. alternatif, ada produk sama yang dihasilkan oleh syarikat tempatan berasaskn material drpd lembu.

Centrum complete from A-Z - supplement untuk kesihatan. semak label dia sebelum beli.

Clexane, Lovenox - untuk penyakit jantung tak stabil, thromboprofilaksis serta mencegah darah beku sewaktu haemodialisis. Fatwa berkaitan boleh di rujuk kpd Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan kali ke-87 pada 23 Jun 09.

Cotazym, Cotazym S-Capsules, Cotazym Forte Tablet - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Creon 10 000 capsules - terapi gantian hormon untuk pesakit kurang atau tiada hormon pankreatik disebabkan pembuangan organ pankreas, masalah percernaan atau penyerapan makanan dan masalah jangkitan hati.

Curosurf Poractant Alfa - rawatan kepada bayi pra matang yang mengalami penyakit membran hyalin atau sindrom pernafasan bayi.

Edward Porcine Bioprosthesis - injap jantung babi biologi, digunakan dalam rawatan berkaitan injap jantung manusia.

So, cukup dulu la list tu setakat ni, nanti nanti akan disambung lagi.




Saturday, January 15, 2011

Info Khidmat Masyarakat - Terminologi Berkaitan Babi n Khinzir



Lately nih life agak bz dan meletihkan. So dah lama tak update laman ni dengan sumtin yang lebih menarik, so hari nih jom kita tengok terminologi berkaitan babi yang baru aku baca tengah malam tadi.

Kenapa aku nak share dengan korang tentang menatang babi nih, nanti korang akan tau sendiri.

Babi atau khinzir ni if dalam Bahasa Malaysia kita rasanya semua orang faham apa menda kejadah tu, very straight forward la. No need to explain pon sebab orang kita bila menyumpah seranah pon selalu sangat keluar nama menatang nih. Tapi bila dalam Bahasa Inggeris, dorang ni ada term-term yang lebih spesifik untuk merujuk sesuatu yang berkaitan atau bersumberkan kepada menatang babi nih, jadi kekeliruan mungkin terjadi bila kita tak amik tau.

In fact, waktu kat Milan suatu tika dulu, kitorang nyaris termakan atau memang ada yang dah termakan dah biskut jari yang ada kandungan minyak haiwan (tak betulnya sebab haiwan tu tak disembelih) walaupun kitorang dah berjaga-jaga dengan list menda menda ingredients dalam makanan yang berasaskan haiwan nih.

Straight to the point, antara terminologi yang merujuk kepada sesuatu yang bersumberkan atau berasaskan menatang babi ni ialah:

PORK - biasanya digunakan untuk merujuk kepada daging babi dalam masakan.

SWINE - digunakan untuk menunjukkan kumpulan spesis menatang babi ni lah.

PIG - yang ni korang semua tau kot. Term yang menunjukkan seekor babi, anak babi yang kurang drpd 50 kg.

HOG - babi dewasa, melebihi 50 kg.

PORCINE - term yang digunakan untuk merujuk sesuatu yang bersumberkan atau berasaskan babi. terminologi ni kebiasaannya digunakan dalam bidang perubatan.

BOAR - babi liar.

SOW - babi betina dewasa.

LARD - lemak babi yang biasa digunakan sebagai sabun atau minyak masak.

BACON - terminologi yang juga digunakan kepada daging babi salai. tapi term ni jugak digunakan kepada daging salai yang lain selain daripada babi.

HAM - daging bahagian peha babi yang telah disalai.

Tu semua adalah terminologi yang aku nak share n bagitau korang semua. Sebabnya dalam banyak-banyak term tu, term PORCINE lah yang selalu kita miss look sebab ianya digunakan sebagai ubat-ubatan.

Dari Abu Darda r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram."

Mungkin korang pernah tengok kat label vitamin atau ubat-ubatan yang ada tertulis;

'This product contain substance from porcine.'

atau,

'The source of gelatin capsule is porcine.'

Sebagai contoh, korang boleh tengok-tengok kat sini camna tag tu boleh dikenal pasti. KLIK!

Sebabnya yang perlu diingati ialah kebanyakan ubat-ubatan bukannya dibuat dari Malaysia atau Negara-Negara Islam dan menatang babi ni sebenarnya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dan kajian bioperubatan penyakit manusia kerana menatang ni dianggap sesuai dari segi anatomi dan fisiologi.

So, be careful dengan ubat-ubatan, supplement atau vitamin yang korang gunakan.

Actually apa yang aku nak share ni bukan nak burukkan sesapa pon atau bertujuan tak baik, tetapi juz as an info untuk aku dan korang semua.