Showing posts with label wallpaper. Show all posts
Showing posts with label wallpaper. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Gatal Tangan Edisi Raya: Salam Aidilfitri 2



Ni plak hasil recycle template tampal yang dolu-dolu pernah aku post kan kat blog nih. Yang ni versi berkaitan kerja la kiranya. Aku rasa agak cantek la jugak, tak kisah la orang nak kata perasan ke , apa ke...ada aku kisah?



"Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah."


Thursday, August 25, 2011

Gatal Tangan Edisi Raya: Salam Aidilfitri 1



Time senggang yang sedikit selepas iftaar, so aku curik-curik masa menghasilkan karya 'Gatal Tangan' ni, saje je nak naikkan mood raya. Lagipon siang tadi, ada terima kad raya dari travel agency yang gi umrah hari tu. So, terpikir dah lama tak menggatalkan tangan buat menda yang seumpamanya.

Just terpikir nak gunakan konsep yang len, means subjek tu asalnya takde kena mengena ngan raya tapi dikena-mengenakan juga ngan konsep raya. Dan hasilnya, oke kot..kan? =)

Update & upload to share!


"Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini"


Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is coming...



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




RAMADHAN IS COMING ! ! !
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
PAKEJ DENGAN GANJARAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA BERMULA DARIPADA SELEPAS SAHUR SEHINGGA KEMBALI KE SELEPAS SAHUR. 24 JAM GANJARAN PAHALA BERGANDA TERHEBAT UNTUK SEGALA AMAL KEBAIKAN. SEMUANYA DIBERIKAN GANJARAN BERGANDA. DISERTAKAN JUGA MALAM LAILATUL QADAR YANG TERAMAT ISTIMEWA SEBAGAI PELUANG UNTUK MELIPAT GANDA GANDA GANDAKAN LAGI GANJARAN PAHALA UNTUK SEMUA. DITUTUP DAN DIKUNCI PINTU-PINTU NERAKA DAN DIBUKA SELUAS-LUASNYA PINTU-PINTU SYURGA. JOM REBUTKAN PELUANG TERHEBAT SELAMA 30 HARI DALAM SETAHUN!!!!



"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;"
(2:185)


At last Ramadhan datang menjengah lagi. Dikesempatan dan ruang yang seadanya ini aku ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak untuk semua. Selamat melaksanakan segala ibadah dengan sebanyak-banyaknya. Tingat kata ustaz malam tu, kalau boleh biarlah Ramadhan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. The 'bestest' Ramadhan in our life!


Bukan apa, kot-kot...kalau kalau Ramadhan yang akan datang kita dah tak sempat. Anggaplah Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita. Kita tak tahu!


Katanya lagi, kita perasan tak, ada kawan yang sama-sama solat terawih dengan kita pada Ramadhan yang lepas tetiba takda pada Ramadhan kali ni?


So, bersyukurlah sebab kita masih berkesempatan menjengah ke Ramadhan kali ini. Ingatan aku terus teringatkan Mak. Last Ramadhan dia masih kuat lagi, terasa macam baru semalam aku nampak dia masih kuat untuk bangun dan makan.


Yup! Puasa kami sekeluarga kali ini tanpa Mak. Ramadhan datang lagi selepas setahun. Tapi keadaannya ada perbezaan kepada orang-orang tertentu. Diulang, rasa sekejap sangat masa tu melintasi kami semua, serasa Ramadhan tahun lepas tu macam semalam baru berlalu, teringat bila aku dan Alif pegi membeli kuih di Bazar Ramadhan yang tak berapa jauh dari rumah. Mak pon selalu juga minta Alif belikan kuih untuknya. Tapi, semua tu dah berlalu dan tak mungkin akan kembali. Walau apapun kami sentiasa mendoakan agar Allah swt mempermudahkan segalan urusan Mak di sana. Amin.


Dan nak share juga sebuah lagu yang indah bait-bait liriknya untuk kita sama-sama menghayati dan menikmati maksud yang terdapat di dalamnya. Harapan Ramadhan by Raihan featuring Man Bai.



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Pastinya kita takkan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang seandainya ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.



Saturday, March 12, 2011

Happy Birthday Malaysian Army Aviation - Part 2


11 Mac 2011 - baru semalam. Again, kepada semua warga PUTD, selamat menyambut ulang tahun PUTD yang ke-16.


Actually post ni sesaja ja nak letakkan satu gambar sewaktu perbarisan berjalan lalu pada pagi tersebut. Rupanya dalam perbarisan dok berjalan tu diadakan juga mcm pertandingan kontijen perbarisan terbaik, terbagus dan macam macam 'ter' la yang baik baik n bagus bagus belaka.

Dan, kontijen tersebut ialah drpd Skn Kej. Well done!!

May Allah be with us in everything we do!

Saturday, February 26, 2011

Selamat Menyambut HUT TDM 78


Juz nak wish untuk semua orang,

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun
Tentera Darat Malaysia Yang Ke-78
pada
1 Mac 2011







Friday, December 10, 2010

Haerzliche Glueckwuensche zum Geburtstag!



Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,
serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, Ya Tuhan ku,
aku panjatkan kesyukuran di atas nikmat pemberianMu kepada umur hidupku,
hidupkanlah aku dengan iman, matikanlah aku dalam iman,
serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.


Ya Allah, Ya Tuhan ku,
ampunilah segala dosa kesalahan ku dan
dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa ku,
serta kesihanilah kedua ibu bapa ku
sebagaimana mereka berdua mengasihani aku semasa masih kecil.


Ya Allah,
akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik
dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur ku
dengan kesudahan yang tidak baik.


Ya Allah, Ya Tuhan ku,
janganlah kiranya Engkau pesongkan iman ku
sesudah Engkau kurniakan kepada ku petunjuk.
Anugerahilah akurahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


Wahai Tuhan ku,
kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah aku daripada azab neraka.


Ya Allah Ya Rahman,
berilah aku petunjuk dan rahmatMu Ya Allah
agar aku dapat terus tabah menjalani hidup ini.
Teguhkan iman ku Ya Allah, kuatkanlah semangat ku Ya Allah
agar aku dapat terus melangkah ke hadapan.


Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil a qiro tihasanah, wa qina 'aza bannas.
Amin ya Robbul 'a lamin








You're older today than yesterday but younger than tomorrow, Happy Bday!