Showing posts with label aperture mode. Show all posts
Showing posts with label aperture mode. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

#15 - Food Photograph 'The Collection'



Dah hampir separuh Januari 2012 kita redahi, kejap je kan?


Setiap sesuatu di sekeliling semakin dimakan usia. Yang kecik makin membesar, yang baru menjadi lama, yang lama menjadi usang, yang muda menjadi tua. Hari baru, tahun baru dan cabaran pon baru. Selamat melangkah ke hadapan...


Actually ayat-ayat kat atas tu takda kena mengena dengan entri kali ni even sikit. Entri kali ni lebih kepada flashback kepada siri koleksi pix yang dah pernah dipaparkan.




Mungkin boleh dikongsi sikit kat sini (mesti la boleh, sebab ni kan blog aku) pengalaman berulang-alik ke 'kampong' pada 2011.

Yup! Sepanjang dok berulang-alik tu kebiassan aku ialah memarkir kereta di lot parkir di hadapan Jabatan Pendidikan W.P iaitu bersebelahan pagar Hentian Duta.


Nak balik utara, naik kat Hentian Duta la, ye tak. Hari tu hujan lebat dan KL as usual akan sesak jalanrayanya. So, aku sampai ke Hentian Duta agak lewat pada petang tu, lot parkirnya pulak sudah penuh. Tanpa fikir banyak, aku memarkir kereta agak jauh sikit ke atas bersebelahan pagar Stadium Tun Razak. Memang agak jauh lah sikit dari pandangan mata orang. Sebenarnya, waktu nak tinggalkan kereta hari tu hati agak kurang enak sikit. Takpa, aku tinggalkan juga n parkir kat situ, sebab tak mau ketinggalan bas.


Dipendekkan cerita, pada Ahad malam setelah sampai balik ke Hentian Duta dari 'kampong', cermin pintu sebelah kiri kereta aku didapati telah kena pecah. Of coz kusyennya basah sebab terkena hujan, ngan kaca kaca yang halus macam berlian berterabur dalam kereta, dengan ketul batu sebesar dua penumbok Mike Tyson kat atas kusyen tu. Terkedu kejap aku waktu tu!


Itu rupanya punca hati kurang enak waktu parkir tempoh hari. Dan, yang anehnya, duit syiling atau menda lain takde yang hilang pon. Menda yang hilang selepas aku check ialah sepasang uniform kerja aku, jaket jenama BOSS, stable belt, name tag dan pas keselamatan pejabat.


Sebenarnya aku merasa agak aneh, macam mana la orang yang pecahkan cermin tu, takkan la semata-mata nak amik uniform aku je. Bila aku buat repot polis, pegawai polis penyiasat tu pon merasa agak hairan dan pelik.


Walaupun 'mamat' tu tak amik apapa barang berharga, tapi melayang jugak la duit nak gantikan cermin tu. Itulah antara pengalaman yang aku nak kongsi kat sini.


Mungkin itu antara ujian & dugaan yang Allah turunkan. Everything happens for a reason, yang tersurat dan tersirat...





Monday, January 2, 2012

Saturday, December 31, 2011

Friday, December 30, 2011

Wednesday, December 28, 2011

#10 - Naml






Serangga kecik yang istimewa sehinggakan salah satu di antara surah di dalam Al-Quran dinamakan dengan namanya - An Naml iaitu semut.





Sunday, December 25, 2011

#9 - Basikal







Sharing is caring!

Berkaitan 'mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ihram'.

Diriwayatkan dari Sayyidina Abdullah bin Umar r.a,
"Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya setentang (berhadapan dengan)
kedua bahunya ketika memulakan solat. Demikian pula jika bertakbir untuk rukuk,
dan jika mengangkat kepalanya dari rukuk, baginda mengangkat kedua tangannya itu,
seraya berucap Sami'a Allahu liman Hamidah rabbana wa lakal hamdu
(Allah mendengar orang yang memujiNya. Duhai Allah, hanya milik-Mu segala puji).
Tetapi baginda tidak melakukan itu ketika sujud."

- Riwayat Imam Bukhari dalam Fath al Bari.




Monday, December 19, 2011

#6 - A moment in childhood - Part II



Children have never been very good at listening to their elders,
but they have never failed to imitate them.




Do not train children to learning by force and harshness,

but direct them to it by what amuses their minds,
so that you may be better able to discover with accuracy
the peculiar bent of the genius of each.



Tuesday, December 13, 2011

#3 - A moment in childhood


There is always a moment in childhood when the door opens
and lets the future in.




Creativity, flexibility, tolerance and love are natural states of mind
and our purpose is to nurture them to full blossom
.


Saturday, December 10, 2011

Motif #7 - LIFE







Bagian-bagian hidup, walaupun foto ni tak di'shot' dengan kemas, esp kat bahagian tangan dan penyapu tapi aku tetap nak sharekan kat sini. Antara candid jalanan yang menjadi feveret.

"Life is not measured by number of breaths we take, but by the moments that take our breath away."



Saturday, September 24, 2011

The Portrait Gallery #3






The Portrait Gallery #1



Koleksi pix terdahulu yang di edit semula dan di touch-up seberapa sedikit untuk menghasilkan koleksi foto genre potret / portrait.

Model-modelnya semua dibayar dengan upah ais-krim ja. So, kos shooting tak la mahal pon. =)











Friday, September 2, 2011

Bokeh on Syawal



Sesambil dalam trip beraya, then kat rumah sedara tu banyak sangat pokok bunga samada pokok bunga yang takdak bunga dan pokok bunga yang memang berbunga. Kebetulan plak ada baca Mag Aperture Issue #6, ada apa menda ntah, nak kata contest pon bukan yang tema dia 'taman bunga', so sesaje je la snap gambar bunga sesambil nak asah sket teknik bokeh ni.



F4.0 - 1/800 - ISO 100


F5.0 - 1/640 - ISO 100


F4.5 - 1/1000 - ISO 100


F3.2 - 1/400 - ISO 100


F5.0 - 1/640 - ISO 100


F4.0 - 1/800 - ISO 100


F5.0 - 1/1000 - ISO 100


F4.0 - 1/1000 - ISO 100


F5.0 - 1/1000 - ISO 125


F4.0 - 1/640 - ISO 100


F4.0 - 1/800 - ISO 100


F3.2 - 1/400 - ISO 100