Sunday, January 8, 2012

#15 - Food Photograph 'The Collection'



Dah hampir separuh Januari 2012 kita redahi, kejap je kan?


Setiap sesuatu di sekeliling semakin dimakan usia. Yang kecik makin membesar, yang baru menjadi lama, yang lama menjadi usang, yang muda menjadi tua. Hari baru, tahun baru dan cabaran pon baru. Selamat melangkah ke hadapan...


Actually ayat-ayat kat atas tu takda kena mengena dengan entri kali ni even sikit. Entri kali ni lebih kepada flashback kepada siri koleksi pix yang dah pernah dipaparkan.




Mungkin boleh dikongsi sikit kat sini (mesti la boleh, sebab ni kan blog aku) pengalaman berulang-alik ke 'kampong' pada 2011.

Yup! Sepanjang dok berulang-alik tu kebiassan aku ialah memarkir kereta di lot parkir di hadapan Jabatan Pendidikan W.P iaitu bersebelahan pagar Hentian Duta.


Nak balik utara, naik kat Hentian Duta la, ye tak. Hari tu hujan lebat dan KL as usual akan sesak jalanrayanya. So, aku sampai ke Hentian Duta agak lewat pada petang tu, lot parkirnya pulak sudah penuh. Tanpa fikir banyak, aku memarkir kereta agak jauh sikit ke atas bersebelahan pagar Stadium Tun Razak. Memang agak jauh lah sikit dari pandangan mata orang. Sebenarnya, waktu nak tinggalkan kereta hari tu hati agak kurang enak sikit. Takpa, aku tinggalkan juga n parkir kat situ, sebab tak mau ketinggalan bas.


Dipendekkan cerita, pada Ahad malam setelah sampai balik ke Hentian Duta dari 'kampong', cermin pintu sebelah kiri kereta aku didapati telah kena pecah. Of coz kusyennya basah sebab terkena hujan, ngan kaca kaca yang halus macam berlian berterabur dalam kereta, dengan ketul batu sebesar dua penumbok Mike Tyson kat atas kusyen tu. Terkedu kejap aku waktu tu!


Itu rupanya punca hati kurang enak waktu parkir tempoh hari. Dan, yang anehnya, duit syiling atau menda lain takde yang hilang pon. Menda yang hilang selepas aku check ialah sepasang uniform kerja aku, jaket jenama BOSS, stable belt, name tag dan pas keselamatan pejabat.


Sebenarnya aku merasa agak aneh, macam mana la orang yang pecahkan cermin tu, takkan la semata-mata nak amik uniform aku je. Bila aku buat repot polis, pegawai polis penyiasat tu pon merasa agak hairan dan pelik.


Walaupun 'mamat' tu tak amik apapa barang berharga, tapi melayang jugak la duit nak gantikan cermin tu. Itulah antara pengalaman yang aku nak kongsi kat sini.


Mungkin itu antara ujian & dugaan yang Allah turunkan. Everything happens for a reason, yang tersurat dan tersirat...





No comments: