Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Hi Kawan!






Dini Nizar

My beloved 'kawan'. Dah big big gal sekarang. Dah ada blog sendiri pon dia.
Pasni kat blog tu leh la letak gambar
yang diamik dengan compact camera tu banyak-banyak ye akak?



Friday, July 22, 2011

Lepak Santai


Foto yang tak disangka. Diambil dari belakang cermin tingkap bilik kat rumah. Lama dok perati burung tu, sekali perasan yang burung tu macam burung yang ada dalam setem tu, kan?



Bagus je dia bertenggek melepak dengan santainya kat handle basikal tu. Terus je aku amik XZ-1 dan dapat dua keping. Tapi aku share sekeping dah ler. =)

Actually, amik-amik gambar ni kadang-kadang macam satu terapi plak kat aku. I like it!




Wednesday, July 20, 2011

Another Way...


Bermain-main dengan art filter, makin lama terasa makin menarik.


Tak sedar pon, tengok balik...burung tu terbang dah. huhuhu....

Sunday, July 3, 2011

Iklan


Actually, takde subjek yang khusus. Aku dah start bawa kamera ke merata tempat, ye la..kot kot leh merakamkan momen momen yang special atau menarik.


Then merentasi suatu area, aku rasa ads board yang terpasang tu macam cantik, macam menarik susun atur. So, apa lagi...tembak je la. Semuanya menggunakan aperture priority dan semua gambar ni adalah gambar malam hari atau night photography.


Yang kat bawah ni pon kira ads board juga la tapi dalam pelaksanaan secara vandalism. Jangan ingat tak penting iklan nih, sangat penting pada masa dan waktu waktu yang tertentu.


Cumanya, budaya vandalism ni tak sesuai dipraktikkan sebab gambaran yang diberikan tu nampak tak elok, tak proper. Tu je.



Friday, July 1, 2011

Neu Trial for BOKEH



Trial for BOKEH kali ni memang buat aku agak syok sendiri. Aku memang rasa trial kali ni satisfied.

Shoot selepas hujan sekitar jam 12 tengah hari di lama rumah, aku decide untuk jadikan buntilan air pada pepohon buluh tu sebagai subjek. Then ni lah hasil yang buat aku syok sendiri tu. =)

Semuanya dalam F1.8 - 1/50 - ISO 200



"A picture is a poem without words."

Thursday, June 30, 2011

meriah . merah




Cantik kan tanglung kaler merah ni? Selalunya leh tgk dalam minggu minggu menghampiri Gong Xi Fa Cai je.

Teringat masa kecik kecik dulu, anak jiran cina sebelah rumah Ah Ping & Ah Piow ajar aku dan adik membuat tanglung. Tapi semua tu cuma satu daripada kenangan zaman kanak kanak yang indah.

Meriahnya malam di kawasan ni, kan?





Dah banyak org jual jagung bakar sekitar KL skrg ni. Setongkol jagung tu harga dia RM 3. Leh tahan jugak, kan?

Kat KL ni jual apapon semuanya jadi duit, nak ngan tak nak je. Kata org, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Wednesday, June 29, 2011

Eksperimen dengan Night Scene Mode




KL Tower - angle yang aku amik nih dah terlalu biasa sangat sebab dah ramai orang len amik foto menara ni dari angle yang sama.


Night scene mode, actually menghasilkan foto yang aku rasa cantik juga la sbb aku suka semua foto kat sini yang gunakan mode tersebut.


KLCC



Monday, May 30, 2011

Test Shot : There is no BLUE without yellow & orange.

"There is no blue without yellow and without orange."
Vincent Van Gogh,
Dutch Post-Impressionist Painter, 1853-1890


Cantik bila menengok awan dan langit yang membiru tu, kan?
Pastu di bantu dengan tambahan warna dari objek-objek yang lain,
aku rasa panorama tu sangat cantik.


"Blue is the only color which maintains its own character in all its tones...
it will always stay blue; whereas yellow is blackened in its shades,
and fades away when lightened; red when darkened becomes brown,
and diluted with white is no longer red,
but another color - pink."
Raoul Dufy,
French Fauvist Painter, 1877-1953



Actually, biru mmg one of my feveret kaler.
So, sebab tu kot aku rasa pemandangan tu sangat cantik. =)

Yang bawah ni plak,
aku shoot menggunakan efek Art Filter - Pin Hole dari XZ-1.

Sunday, May 29, 2011

Test Shot : Intai-Intai



Pagi yang indah, dari blok penginapan aku.
Mentari mengintai dari celahan dahan pokok durian.


Thursday, May 26, 2011

Test Shot : Kluang 2





The Bistari Bistro.



'Intai-intai' dari jendela bas pulak! =)



1941

Lama, kan?

Test Shot : Kluang

'Intai-intai' dari belakang tirai jendela Bilik 810,
Prime City Hotel, Kluang.


Kluang yang berlatarbelakangkan Gunung Lambak.

Sunday, May 22, 2011

Test Shot : Aku Mencuba 'Silhouette' 2



Actually semua silhouette aku ni diambil beberapa ketika sebelum turunnya hujan lebat.


Indah alam ciptaan Allah ni sebenarnya walau dalam apa jua keadaan.