Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

#33 - Adam bercerita....





Petang Jumaat 31 Ogos 12 aku bersama-sama dengan Adam ke pekan untuk mencari barang, dalam perjalanan Adam asyik bercerita....

"Tadi lepas solat Adam ngan Pak Cik pegi kubur Tok Wan."

Aku pon bertanya, "Adam baca Fatihah hadiah kat Tok Wan dak?"

Dia jawab,

"Adam baca, tapi Adam baca kat Mak dulu kemudian baru Adam baca kat Tok Wan sebab Mak mati dulu.".


** 'Mak' yang Adam maksudkan tu ialah Mak aku, Tok kepada Adam.



~~~***~~~



Adam terus bercerita lagi. Katanya,

"Adam teringat Tok Wan pesan kat Adam..."

"...Tok Wan pesan suruh Adam belajar rajin rajin, Tok Wan tak pesan pon kat kakak macam tu."




~~~***~~~


Tetiba aku teringat something, juz nak share beberapa bait dari lagu ni kalau ampa semua masih ingat,

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi DIA yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

...

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa....



- 1234, Aris Ariwatan

Monday, September 10, 2012

#31 - Al-Fatihah untuk Abah



Al -Fatihah
untuk Abah yang kami semua kasihi




Abu Bakar bin Hj Abdullah

(12 Sep 1951 - 29 Ogos 2012)


Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Beliau kembali ke rahmatullah ketika berada di wad ICU (PACU), Hospital Taiping pada 29 Ogos 2012 jam lebih kurang 10:22 malam tetapi pengesahan rasmi setelah pemeriksaan oleh doktor direkod pada 10:40 malam.

Sebab kematian yang direkodkan adalah seperti berikut: 'Sepsis shock secondary left diabetic foot ulcer with multiple organ failure.'


~~~**~~~


Selepas lebih kurang 14 bulan Emak pergi meninggalkan kami, kini Abah pula meninggalkan kami. Abah dirujuk ke Hospital Taiping daripada Hospital Angkatan Tentera, Lumut disebabkan keadaan gangrene beliau yang semakin teruk dan kebetulan doktor pakar pula sedang bercuti pada ketika itu.


Pada 28 Ogos 2012 lebih kurang jam 4:00 petang beliau dimasukkan ke dewan pembedahan untuk menjalani proses pemotongan betis kiri. Pakar bius kemudiannya telah memberi penerangan mengenai kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu Abah menjalani proses tersebut kerana blood pressure Abah adalah sangat rendah, yang mana kemudiannya para doktor telah memberikan 3 jenis ubat agar tekanan darah dapat ditingkatkan supaya pembedahan dapat dilaksanakan. Lebih kurang jam 9:00 malam +++, pembedahan berjaya dilaksanakan tetapi keadaan Abah sangat-sangat lemah dan dikelasifikasikan sebagai 'kritikal'.


Pada awal pagi besoknya, doktor telah memaklumkan bahawa jantung Abah pernah berhenti sekejap walau bagaimanapun setelah CPR dilakukan denyutan kembali 'wujud' tetapi sangat lemah dan seterusnya sehinggalah ke penghujung.



~~~**~~~



Dikesempatan ini, saya bagi pihak Allahyarham Abu Bakar bin Hj Abdullah ingin memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf jika Abah ada melakukan kesilapan, kesalahan dan sebagainya kepada mana-mana pihak sekali pun. Jika ada perkara-perkara yang anda rasa perlu dibincangkan dengan lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi saya dan adik-adik yang lain.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Hospital Taiping, Pusat Kesihatan Padang Rengas dan Pusat Dialisis Kuala Kangsar.Tak lupa juga kepada PPDKK, Pengurusan Masjid Al-Hadri Padang Rengas & Masjid Kampung Buaia serta saudara-saudara, sahabat-sahabat serta jiran jiran dan kenalan-kenalan yang memberikan bantuan. Hanya Allah swt saja yang dapat mengganjarkan pahala di atas segala bantuan kalian.

Terima kasih.











".....semua dan segala yang ada akan kembali padaNya."
- 'Bila waktu telah berakhir',Opick