Showing posts with label Makkah Al-Mukarramah. Show all posts
Showing posts with label Makkah Al-Mukarramah. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Tengok je dah dapat pahala!




Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan!


Tak pasti, tapi orang cakap antara perkara yang kita tengok je pon, kita leh dapat pahala dan diantara perkara tersebut ialah menengok (melihat) Kaabah. Tak tau la samada tengok gambar pon dapat pahala atau tak, tu aku kena check balik nanti la. Tapi memang ramai jemaah-jemaah yang tak buat apa apa bersidai di birai bangunan tu semata-mata untuk menengok Kaabah ni.


Camana la gamaknya keadaan di sana dalam bulan Ramadhan ni kan?


Apapon just nak share gambar Kaabah yang aku tembak sendiri dengan XZ-1 aku, pemandangan dari atas bangunan Masjidil Haram pada malam hari.


Sharing is caring...

Daripada Abu Bakar r.a,
"Aku melihat Rasullullah s.a.w di Al-Arj (sebuah tempat),
Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa,
kerana dahaga atau kepanasan."
Riwayat Abu Daud.


Hal ini berkaitan dengan mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh tetapi termasuk dalam perkara-perkara sunnah. (Sumber Solusi isu #34)



Tuesday, July 19, 2011

save the last dance #3




Lagi koleksi foto edisi istimewa.



The path may be difficult, but the final destination is certain.


Sunday, July 17, 2011

save the last dance #1



Suatu hari tu sewaktu duduk menunggu isya' (if aku tak silap la) aku terperasan ada sorang budak, mebbi dalam lingkungan antara 6-10 tahun mengambil air zam-zam lalu dihulurkan kepada orang-oang di dalam Masjidil Haram. Dia berlari lagi mengambil 2 gelas air zam-zam lalu diberikan kepada 2 lelaki yang dalam pertengahan umur. Kemudian diambil lagi untuk kedua lelaki tersebut. Sewaktu dia pergi mengambil air zam-zam untuk kali kedua, aku melihat lelaki yang agak berumur di antara dua orang tu membuka dompet dan mengeluarkan wang SR$10. Dia menijau-ninjau dan menunggu-nunggu budak tu datang semula membawa air zam-zam dalam cawan yang disediakan.

Babak tu agak menarik hati aku dan Hasri. Kami diam dan terus memerhatikan adegan tu. Then budak tu datang membawa air zam-zam. Lelaki tu memberikan SR$10 kepada budak tersebut tetapi dia menolak dan melalui isyarat meletakkan tangan kanan di atas dada kiri sambil menolak pemberian itu cukup membawa maksud yang dia ikhlas melakukan perkara tersebut tanpa mengharapkan balasan.

Lelaki tersebut bersungguh memberikan juga wang tersebut dengan menunjukkan bahawa dia pon ikhlas juga. Dan akhirnya budak kecik tu terima duit tersebut dan duduk di antara dua lelaki tu.

Aku tak sure kenapa, tapi jauh dalam hati aku terasa sumtin. Terdetik sumtin. Jauh dalam hati aku rasa terharu, terharu sebab terpandang, terfikir dan dapat merasa yang budak tu buat semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan mengharap pemberian orang atau apa apa. Bertuah mak yang melahirkan anak ni.

Bukan sekali dua babak tersebut berlaku di depan mata, acapkali juga. Suatu hari sementara menunggu maghrib, seorang lelaki arab berkepala botak, tinggi dan berbadan tegap (kalau zaman dulu, mungkin dia dah jadi panglima perang kot) menghulurkan segelas air zam-zam kepada aku dan Hasri tika kami hampir selesai membaca Qur'an. Tetapi kami menolak dengan elok sebab kami pon baru lepas minum. Then aku nampak dia menghulurkan kepada 2-3 orang yang lain. Setelah itu, barulah dia mengerjakan solat sunat.

Terdetik juga dalam hati lepas tu, kenapalah aku tak ambil dan minum saja air yang dihulurkan oleh orang tadi tu. Dia cuma nak mendapatkan pahala dengan memberi minum kepada orang-orang yang beriktikaf di dalam Masjidil Haram itu. Aku bitau Hasri, menda tu agak memberikan kesan dan menyentuh hati aku.

Kebaikan ada di mana mana. Aku teringatkan sumtin yang pernah aku baca suatu tika dulu; keikhlasan tu umpama seekor semut hitam di atas seketul batu hitam yang besar di tengah malam. Ianya ada tetapi sangat sukar untuk dilihat. Subhanallah.





Now nak kongsi antara koleksi foto-foto pilihan.
Antara foto-foto yang aku rasa menarik hasil daripada XZ-1 aku tu.


Foto dari atas bumbung Masjidil Haram - Tersergam ialah Menara Abraj Al Bait.
Info, kaum pompuan dan bebudak tidak dibenarkan naik ke tingkat bumbung nih.

Lina, wife Hasri

Hasri, hubby Lina.

Atas & Bawah - My buddy.




K . A . M . I

Aku suka foto ni, foto peniaga di Hudaibiyah. Foto diambil dalam mode dramatic tone.


Bas ni agak unik, for sure memang takda kot kat Malaysia kita nih.


Saturday, July 16, 2011

...but the final destination is certain - Part 6

Kata orang; berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin kurang lebih camtu la perasaan kami. Masing-masing terasa keberatan untuk meninggalkan Makkah Al Mukarramah. Entah kenapa, hanya tuhan yang lebih mengetahui. Apapun kami tetap perlu pulang kembali ke tempat asal kami. Moga Allah memberikan kami peluang lagi untuk menjejakkan kaki di sana dan bersujud di hadapan Kaabah Nya. Amin.

Sesungguhnya di ketika itu baru terasa rindu amat kat Malaysia, rindu amat amat kat adik-adik aku. Terasa macam lama sangat tak balik menjengah dorang.
Haihh...

Kami yang sentiasa bergurau-senda & bergelak ketawa terasa seperti satu keluarga besar. Kemana saja di kebanyakan masa kami bersama-sama.

Izam & 'konduktor' mobil kami.

The 'Supir' yang tersenyum manis.


Dalam perjalanan ke Jeddah, kami sempat singgah sebentar untuk lunch kat tepi Laut Merah, pantai yang kosong dan panas.

Kami menumpang makan di gerai minuman di situ, menjamah makanan yang dibekalkan oleh wakil pihak agensi.


Masjid Terapung di pantai Laut Merah. Tak sempat nak bersolat di situ kerana mengejar masa ke airport. Mungkin nanti-nanti jika diizinkanNya, akan ada kesempatan untuk sekali lagi menjejakkan kaki di sini.

Kawasan sekitar pantai Laut Merah.

At last sampai kami ke King Abdul Aziz Internatinal Airport, Jeddah.

Air Zam-Zam perlu di bungkus terlebih dahulu sebelum dinaikkan ke pesawat.

Selamat tinggal Jeddah!