Salam eid untuk semua, semoga ampa semua berbahagia dan bergumbira di hari yang mulia ni bersama keluarga dan sanak saudara yang terchenta.
1 Syawal dah, kan?
Yang bermaqna, Ramadhan al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, rasa macam banyak lagi yang tak dan nak dibuat pada Ramadhan baghu ni. Apapon, semoga Allah swt menerima segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan dan digandakan ganjaran pahala di atas setiap amal yang kita lakukan.
Ghaya tahon ni jugak bermaqna ghaya kedua kami tanpa ibunda kami yang terchenta. Di hari terakhir Ramadhan, kami adik beradik pulun sediakan apa yang termampu untuk memeriahkan Syawal kami kali ni. Kami, adik-beradik plus Dini, Adam & Nani yang balik kali ni bergotong royong segala bagai. Start dari bersihkan laman ghumah, besiang daging, kupas bawang, memasak dan makan sesama. Andak dengan tugas dia buat kuah mee kari sedap, aku ngan teh buat gulai kerisik dagin untuk dicicah ngan ketupat, then buat sup tulang ala ala utara. Everything done!
Lepas iftar hari terakhir Ramadhan, kami adik-beradik solat berjemaah dengan diimamkan oleh Andak disusuli dengan takbir raya selepas solat tu. Kat hati kecik aku terasa sayu time takbir tu, cuma aku masih gagah nak bertahan. Terkenangkan aruah mak.
Dan, waktu tu juga Abah yang ber'wheelchair' turut join kami bertakbir. Kedengaran sayu suara Abah time tu. Kami habiskan waktu antara maghrib dan isya' tu dengan mengadakan tahlil ringkas dan terus sama-sama berjemaah isya'.
Lepas selesai isya', sesi melayan Dini, Adam & Nani bermain bunga api dan mercun. Honestly, terasa masa kita kecik-kecik dulu ngan masa sekarang terlalu berlainan. Masa merubah zaman!
Seronok depa dapat main bunga api, seronok juga kami yang menengok depa rasa seronok. Dan, nampaknya untuk malam ni kena beli lagi bunga api sebab yang semalam punya dah habis. Depa dah start demand nak main bunga api dan mercun lagi. Ngeee~~
Aku dan Dini turut me'layan' fruit cocktail yang kami sama-sama buat. Not bad!
Bertambah kerap aku berulang ke 'bilik rehat' sebab perut memang dah buat perangai since petang lagi.
Seawal pagi syawal sesudah selesaikan subuh, aku terus kat dapor menggoreng tokua (tauhu) + panaskan semua yang perlu. Plus potong ketupat dan bancuhkan kopi untuk pagi. Sebelum bergerak menunaikan sunat eidul fitri, sempat aku merebus tulang tulang lembu sebanyak 3 kg yang dibeli petang semalam, sekilo RM18 beb!
Siapkan untuk sesi menge'suptulang' pulak nanti.
Selesai solat sunat eidul fitri, aku dan Bella terus mengunjungi pusara ibunda terchenta, membacakan Al-Fatihah dan berdoa. Semoga Allah swt menempatkan ibunda kami yang terchenta dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh serta disediakan suatu tempat di syurga hendakNya. Amin.
After all, sampai kat rumah pulak, kami semua bersalaman serta memohon keampunan daripada abah pastu semua pulun melantak apa yang kami masak sesama. Boleh tahan beb.
Macam tu lah 1 Syawal kami. Itu lah raya kami adik-beradik.
Kami & Syawal @ Padang Rengas!
No comments:
Post a Comment