Wednesday, November 9, 2011

Special Edition - in my heart 9 Nov 11








Al-Fatihah untuk bonda tercinta, Allahyarhamah Fadzillah bte Ahmad.


Semoga ALLAH swt mempermudahkan segala urusan Mak di sana dan menempatkan Mak dikalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.


Hari ni, selang beberapa hari selepas Hari Raya Qurban adalah hari ulang tahun kelahiran Mak.
Yang ke 58 tahun!


Dan, tahun ni kami dah takleh nak hantar SMS mak wish 'happy birthday' dan apa apa lagi. Dah takleh nak belikan kek lagi. Dini dan Adam pon dah takleh nak telefon wish Mak dan sembang dengan Mak macam masa dulu dulu. Kami hanya mampu berdoa dan menghadiahkan bacaan Yasin untuk Mak saja kali ni dan untuk tahun-tahun seterusnya. Sesungguhnya kami rindukan Mak sangat-sangat. Walaupun anak-anak Mak dah besar, tapi jauh di sudut hati kami masih terasa sunyi tanpa Mak. Apatah lagi Tok Diah, dia selalu teringatkan Mak, dia selalu hadiahkan Surah Yasin untuk Mak.


Kami tahu dia pon rindukan Mak....sama macam kami semua.


Dan setiap kali melewati lorong menuju ke tanah perkuburan, pasti kami adik-beradik akan menoleh ke sebelah kiri, memandang jalan menuju ke perkuburan Mak. Aku memang notis perkara tu sebab selalunya aku yang memandu di sebelah kanan dan aku pon menoleh sama.


Aku masih ingat lagi, pada petang hari itu di waktu-waktu terakhir Mak, aku memangku tubuh Mak sambil membisikkan di telinga Mak ..... "Mak...mengucap Mak.. Ash hadu Alla Ilaha'illAllah Wa Ash hadu anna Muhammadar Rasulullah."


Berselang-seli dengan bisikan, "Mak...sebut Allah hu Akbar....Allah hu Akbar."


Masih terasa lagi hangatnya tubuh badan Mak yang aku pangku waktu tu hinggalah ke pengakhiran hayat Mak.


Kepada adik-adik yang dikasihi, sama-samalah kita hadiahkan ganjaran bacaan Surah Yasin kepada arwah Mak kita dan sama-sama juga kita panjatkan doa kepada ALLAH swt supaya Mak sentiasa berada di dalam limpah rahmat ALLAH swt.



Amin Ya Rabbal 'Alamin



2 comments:

Anonymous said...

al-fatihah buat mak abg. :'(

S4Z said...

Cik Reena Tan,

Thanks a lot! =)