Aku suka dengan perkataan 'KAMI'. Macam tajuk satu drama kat tv & pawagam. Yang maqnanya menunjukkan jumlah yang banyak atau jamak, iaitu saya dan dia atau mereka = kami.
Terpanggil untuk mencoret-corat kat sini setelah sekian lama tak menjengah laman matahatijiwa aku ni. Dan sebenaqnya, dah hampir setahun aruah mak pergi meninggalkan kami semua.
11 Jun 12 nanti, genap dah setahun. Sat sangat masa tu berlari. Al- fatihah untuk mak, semoga Allah swt menempatkan mak dikalangan mereka -mereka yang diganjarkan syurga.
Adam pon dah tak kalut dok tanya tentang mak macam dulu. If tak, dia la yang akan tanya;
"kawan..mak mana?"
Sekali lagi masa memainkan peranannya dengan begitu baik. Cuma kami yang dah besaq besaq ni ja still ingatkan mak.
Tarikh ni juga la Alip akan melapor ke KUISAS (KISDAR) untuk berguru ilmu Usuludin. Tahniah untuk Alip. Juz harap Alip akan buat yang terbaik untuk diri dia sendiri. Kami as abang & akak cuma mampu membantu dan memberikan sokongan, selebihnya adalah usaha Alip sendiri.
Dan, abah plak dah agak stabil dan kuat sikit if nak comparekan dengan beberapa hari yang lepas. Tiga Jari kaki kiri abah dipotong akibat gangren. Honestly, sedih tengok keadaan abah. Paksu Ali pon cakap dia agak terkejut tengok keadaan tu. Tok Diah menangis bila bercerita dan bertanya tentang keadaan abah.
"kesian kat abah...", katanya.
Aku dan adik-adik harap kami boleh buat sesuatu yang mampu memperbaiki keadaan kesihatan abah. Insya Allah. Kami akan mencuba sedaya kami.
But at the same time juga kami dapat seorang ahli keluarga baru,17 Jun 12 nanti
genap la sebulan umur Fariza Imani.
genap la sebulan umur Fariza Imani.
Kata Dini kepada aku, "baby nyenye comel sangat, kawan."
Cuma yang tak best nya ialah rumah ni akan jadi bertambah sunyi, mungkin tinggal abah dan makcik ja lepas ni.
Lagi lebih kurang empat bulan, Nadia & Nurul akan menduduki exam SPM & PMR. Good Luck!
Secara tak langsung aku juga dapat merasa kesunyian rumah ni. Mebi weekend kami boleh berkumpul walau bukan semua. Sebulan sekali insya Allah, semua kami boleh balik ke rumah ni dan berkumpul, buat makan-makan. Juga buatkan majlis kenduri dan tahlil untuk aruah mak.
Tak tau la apa lagi yang nak ditulis, dah tak reti nak menyusun cerita. Cuma, Alhamdulillah - syukur kepada Allah swt kerana telah melimpahkan rahmatNya kepada kami sekeluarga sampai la ni, syukur sangat.
Cukuplah kot coret-corat kali ni sekadar nak updet laman matahatijiwa yang mungkin dah 'berlumut' ni.
Full stop!
Err..one thing, Wira aku eksiden kena langgar dengan sebuah Honda lebih kurang jam 5:10 pagi pada 7 Mei 12 lepas, dan sampai cerita ni ditulis kereta aku masih lagi kat woksyop. Tatau la apa keadaan mamat yang naik Honda EX-5 tu, sian jugak kat dia tapi tatau dia dok mana. Aku dah bagi nombor phone tapi takdak yang mengontek plak. Apapon moga segalanya dipermudahkan untuk dia.
Satu lagi, 'terima kasih daun keladi' pada kawan-kawan opis yang menumpangkan aku untuk ke opis selama tempoh ni. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian. Thanks Bro Azlam & Bro Gaffrie.
Satu lagi, 'terima kasih daun keladi' pada kawan-kawan opis yang menumpangkan aku untuk ke opis selama tempoh ni. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian. Thanks Bro Azlam & Bro Gaffrie.
Kami, Bulan Jun & Padang Rengas
1 comment:
Innalillahiwainnailaihiraji'un..
Ujian untuk awak sekeluarga..semoga sentiasa tabah menempuh segala dugaan..
Semoga sihat selalu..
welcome back..:)
Post a Comment